Notes:
Kasih-sayang ini nyata
Ini hari gua sudah baca muka depan dalam sebuah akhbar tabloid, seorang lelaki di Beijing sedang menghunuskan pedang samurai ke dada anaknya sambil menjerit-jerit mahu membunuh anaknya sendiri.
Ini orang bukan orang. Ini orang bukan binatang. Sebab binatang pun sayangkan anak. Ini orang gua pun tak tau apa mahu kategorikan spesies apa dia ini? Kalau ada kategori bodoh, dia punya tahap sudah negatif. Maknanya perkataan bodoh pun tak sesuai untuk menggambarkan betapa bodohnya dia.
Entahlah, dunia ini panoramanya memang tidak boleh kita duga. Permainannya semakin pelik dari sehari ke sehari.
Gua sukakan kanak-kanak. Gua suka jika seorang lelaki itu jika se’rugged’ atau se’rebel’ manapun mereka, jika mereka tunjukkan kemesraan atau kasih sayang antara mereka anak dan bapa, gua rasa sejuk, damai dan tumpang bahagia. Terutama bila tengok kawan-kawan berbangga mendukung anak mereka sambil bergambar di facebook, gua salute dan tumpang seronok.
Ada yang gua kenal waktu bujang hidup mereka agak tidak terurus, bila sudah beranak pinak mereka berubah menjadi seorang bapa yang penyayang dan bertanggungjawab. Inilah fitrah alam dan kehidupan sepatutnya. Ini apa hal sampai nak bunuh anak sendiri walau semarah mana pun kita? Adoii!! Mamat itu patut ambil pedang samurai itu, tusukkan ke dadanya sendiri. Malu je jadi manusia kalau macam ni.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm














