Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

kasih sayang..

9 comments

dapat dapat sms dari sorang sahabat(amirul fakir) yang masih bergelut dengan sakit.beliau dah sakit sejak bulan februari yang lepas..ada yang kata sihir,buatan orang …kalau betul ianya sangat mengecewakan..sangat-sangat mengecewakan sekali..aku bukan tuhan yang dapat menyembuhkan penyakit..aku pun manusia sama seperti manusia yang lain..kita saling bertaut dengan tali kasih-sayang..itulah yang kita perlukan sebagaimana yang diperintahkan tuhan untuk kita..antara sesama..aku masih tak faham kenapa masih adaa benci dan irihati dalam kehidupan kita..kita bukan bayi yang tak punya dosa..semua orang berdosa..kerana ianya fitrah alam..cuma kalau suka menyakiti atau memusnahkan kehidupan orang lain ianya bagi aku sangat menjijikkan..ini bab-bab sihir atau buatan orang ni..aku pun tak tau nak cakap apa..selalunya orang baik dan jujur yang selalu dianiaya..orang yang berlakon jujur tapi jahat peribadinya lepas lolos..aku tak faham..dan aku tak akan faham..

pada siapa yang baca artikel ni..doakanlah sahabat kita amirul fakir..moga dia cepat sembut..at least sedekahkan surah al-ikhlas dan fatihah untuk beliau…

*amirul fakir adalah penyajak/novelis yang telah menghasilkan 2 buah novel/sajak..fosil dan mea culpa..dan album baru aku sakrat menggunakan semua sajak-sajak naif&fosil beliau…ianya satu kontribusi untuk beliau atas dedikasinya dalam dunia yang diladeninya…wassalam

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. ..aku juga simpati dengan nasib kawan mike ni..aku pernah lalui benda2 cam ni dulu,dan masa ini lah kita akan dapat lebih mengenal diri dan siapa itu kawan,sahabat atau kengkawan cuma…Kawan ketawa memang ramai,kawan menangis lu sendiri tahu..apa pun sama sama lah kita mendoakan sesuatu yang terbaik untuk beliau…

  2. Rakus,dengki dan Haloba itu penyakit manusia paling tua…gua sakit dengar citer-citer macamni..masih tak pandai2 nak jadi manusia…Gua turut simpati bro and gua bersama mendoakan semoga saudara kita ini cepat sembuh insyallah.

  3. Sahabat Manjung says:

    Assalamualaikum… Kalau jumpa Amirul, minta dia hubungi saya. Terima kasih banyak-banyak…

  4. inysaallah,akaann saya sampaikan…

  5. Sahabat Manjung says:

    Macam mana keadaannya sekarang? Saya mengenalinya sejak tahun 2005 semasa saya menjadi pengacara majlis untuk program Kembara Sastera. Ketika itu Amirul mendeklamasikan sebuah puisi. Sejak itu kami jadi kawan baik kerana saya juga pencinta puisi walaupun tidak punya nama sehebat dia. Apa khabarnya sekarang?

  6. keadaannya masih lagi begitu,harap sangt dia cepat sembuh,tak sepatutnya dia jadi macam tu mengenangkan hdiup dia pun bukannya sesenang mana..cuma kuasa Tuhan atas segalanya.Amirul ni hidupnya sangt misteri,hehe..apapun akan ada hikmah juga atas semua cerita kita diatas mukabumi ini..tq

  7. Sahabat Manjung says:

    Dia masih gunakan nombor telefon yang lama? Beberapa hari lalu saya cuba menghubunginya tapi tiada jawapan. Selepas itulah saya cuba menjejakinya dan saya terbaca laman ini.

  8. ya dia gunakan no yg lama 016 lagi,u cuba SMS..

  9. Sahabat Manjung says:

    Saya hantar sms kepadanya…. Sebelum ini tidak berbalas tetapi kerana saudaralah saya kembali dapat menghubunginya. Setelah sekian lama soalan saya tentang dirinya tidak berjawab akhirnya saya mengerti kenapa kami terputus hubungan tiba-tiba. Terima kasih atas segalanya….

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.