Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

KATA KITA, KATA MEREKA…SIAPA KITA, SIAPA MEREKA?

0 comments

Tadi siang saya baca cerita tentang golongan OKU di akhbar Sinar. Perihal kerenah birokrasi jabatan agama Islam yang dakwa mereka yang mewakili persatuan OKU tidak berlaku adil pada mereka. Saya agak tersentuh juga bila membaca masalah mereka yang OKU.

Bila OKU maknanya secara fizikal dan mentalnya tidak sempurnalah berbanding orang normal yang semuanya pun milik Tuhan juga. Secara fitrah demi kemanusiaannya yang normal wajib membantu yang tidak normal..itu fitrah. Itu sebab Tuhan jadikan manusia dalam berbagai rupa dan gaya..itu semua ujian kepada kita. Habis kalau jabatan agama yang menjaja nama Tuhan ke sana sini dengan kad kuasa yang mereka ada, terlalu mengikut akta yang mereka guna pakai tanpa nilai ehsan, memang payahlah…

Adakah mereka itu kisah akan keluhan golongan tersebut? Atau mereka( golongan OKU)hanya seperti anjing yang menyalak bukit?
Memang payah jika kita terlalu menjaja dan terlalu faham akan apa yang Tuhan mahu mengikut skop faham kita para manusia yang macam cerdik ini. Macam cerdik sebab diberi nafsu..bila nafsu yang kontrol maka nilai kemanusiaan itu biasanya hilanglah, yang tinggal cuma hukum yang akan diguna pakai mengikut kemahuan dan kepentingan sendiri.

Saya bukanlah berniat untuk mengkritik sangat tapi itulah yang selalu saya harapkan, berubahlah dan bertolak ansurlah demi kemanusiaan.

Apabila mereka mendapat bantuan dari pihak gereja atau badan NGO lain yang bagi saya pertolongan mereka lebih kepada ‘manusia untuk sesama manusia’tanpa mengira apa agama pun, adakah jabatan agama akan kisah? Tentu sekali mereka tak ada rasa malu dan bersalahpun sebab hukum dan kuasa masih di tangan mereka…

Kesannya? Bayangkan apabila anak-anak kecil yang dibantu oleh pihak gereja dengan penuh nilai kelembutan dan kasih sayang apabila mereka membesar..apa yang ada dalam pemikiran mereka? Adakah mereka akan tetap utuh dengan tali akidah yang mereka pegang sebab mereka dilahirkan sebagai umat islam? Adakah jabatan agama akan peduli tentang itu?

Orang kristian berdakwah dengan cara mengikut gaya dan fikiran kita, bukan mereka. Ulama kita berdakwah dengan cara mereka yang mereka rasa betul dan kita wajib ikut gaya mereka sebab cara faham mereka itu telah dipersetujui oleh para sunnah waljamaah…jadi kuasa memanglah di tangan mereka.

Saya kenal ramai pastor dan pendakwah kristian. Kebanyakan mereka punya nilai kemanusiaan yang tinggi dan penuh dengan nilai jujur. Mereka tidak pernah mempelawa saya untuk ke sana…Mereka menghormati siapa kita seadanya. Bagi kita mereka itu telah sedia kafir dan kita ini beruntung sebab dilahirkan sebagai orang islam?

Anak saya OKU juga, memang tak ada masa depan sebab akalnya tidak akan berfungsi dengan normal..Siapa yang menjadikan? Bukankah Tuhan juga yang menjadikan untuk ujian kepada saya? Saya faham tentang itu sebab saya mampu menerima buruk baik cerita takdir ini.

Satu hal yang jelas kerana kita ini tinggal di negara membangun maka jika mahu menghantar anak kita yang autisma ke sekolah khas NASUM misalnya, berapakah jumlah yang perlu dibayar..? Bukankah itu untuk golongan yang berada sahaja?

Alternatifnya maka pihak gomen pun asalkan ada sudahlah, maka disediakanlah sekolah khas yang semua golongan OKU akan berkumpul dan belajar di situ.

Bukankah jika ada peruntukan untuk satu badan yang boleh menguruskan tentang hal dan nasib budak autisma, ianya akan lebih bermakna bagi kami? Adakah mereka akan kisah? Atau suara kita ini hanya seperti angin lalu sahaja…?

INI BUKAN LAGU PROTES, HANYA BLUES UNTUK RAKYAT!

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.