Notes:
Kawin susah, tak kawin pun susah juga..ha ha ha
Apalah halnya kalau saya memilih untuk jadi orang bujang sampai ke hari ini. Saya pun tak mampu membayangkan sudahnya perjalanan hidup saya ni jika belum berkahwin.ha ha ha.
Akhirnya ada juga jodoh walau dalam poket waktu itu tak berduit sangat. Banyak kawan-kawan saya memilih untuk jadi orang bujang. Tak sanggup menghadapi komitmen dalam perkahwinan, kata merekalah..
Susah orang berkawin, begini ceritanya. Susah orang bujang, begitu pula ceritanya. Gedebak-gedebuk sama saja. Di mana-mana akan ada masalah.
Ada seorang kawan baik saya, dia seorang pemuzik professional. Waktu saya bekerja di Yamaha Muzik dulu, selalulah melepak dengan kawan saya ni. Waktu itu dia mengajar gitar di tempat saya bekerja.
Umurnya waktu itu dalam lingkungan 40an dan masih belum berkahwin. Masalahnya komitmen. Ye lah, dunia kelab malam kita pun fahamlah. Seperkara yang melucukan dia pernah ada girlfriend dulu, malangnya dilempangnya girlfriendnya itu kerana mengada-ngada, katanyalah.
Saya waktu itu dah ada anak tiga, dia bujang lagi..
Saya pun tak tahu sama ada dia sudah berkahwin ataupun belum.
Saya ada katakan pada dia, kawinlah kalau ada pilihan. Sekurang-kurangnya hidup dia akan lebih terurus bila dah berkawin, makan minum ada orang siapkan. Tapi itulah, dunia dia hanyala muzik dan kelab.
Pada sayalah, kalau rasa nak kawin, kawin je. Jangan kira ada duit atau tak ada duit. Duit akan turun dari langit..ha ha ha
Cuma kita perlu banyak berkorban dalam banyak hal bila sudah berkahwin. Di tambah pula jika sudah beranak-pinak. Tapi itulah kepuasannya.
Dunia perkahwinan adalah dunia realistik, dunia perkongsian, dunia keseimbangan. Kita tidak perlu berpindah ke dunianya. Kita cuma perlu cuba untuk memahami dunianya. Dua hati mana boleh jadi satu, itu semua cerita dongeng Cinderella saja.
Hari ini saya bolehlah berbangga kerana anak sulung saya, umurnya dah 15 tahun dan saya 44 tahun. Mungkin lagi 10 tahun anak saya akan berkahwin dan saya kalau masih hidup lagi akan berumur 54 tahun.
Cuma satu perkara yang boleh saya gerenti, mereka, isteri dan anak-anak terutamanya adalah syorga dan kebahagiaan saya.
Mereka adalah semangat untuk saya terus hidup.
Jadi, kalau rasa nak berkahwin, teruskan niat itu sebab kita tidak akan mati kelaparan selepas kita berkahwin..ha ha ha
Insyaallah














