Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kawin?hahaha..

9 comments

Aku pun tak tau macamana aku boleh kawin,ada anak untuk sebuah kehidupan yang tak selalunya aku rancangkan..Kalau tak kawin aku ni nak jadi apapun aku tak tau..cuma kalau dari segi calculation dan pengiraannya..mungkin aku jadii seorang pengembara jiwa yang tegar ..melayan hukum alam yang tidak berkehendakkan apa-apa.Hidup hanya untuk menunggu mati datang menjemput.
Dengan duit disaku rm 300,tahun 95 dulu aku kawin,cuma bagi tetamu makan mihun dan teh o..ya,itulah kenyataan..Dan kehidupan berkeluarga bermula dari zero..Sebelum kawin aku memang tak indahkan langsung tentang hal-hal kehidupan..sampaikan bila baru kawin bini mintak tolong belikan ‘quaker oat’..aku ingat ‘kuih ke ot’..jadi melilaulah aku cari kat kedai makan tak jumpa..haha..ya aku setuju kalau dikatakan aku ini bodoh pasal hidup..Sebab untuk hidup sebagai suami isteri ini bukanlah satu benda yang mudah sebenarnya..Kamu terpaksa melayan satu lagi kehendak dari dunia dan fahaman yang berbeza dengan kamu sendiri..terlalu banyak pengorbanan yang kita kena lakukan..sebagai seorang laki-laki sudah tentu kita punya ego kita sendiri sebab ianya telah terbentuk sejak sekian lama..Dulu bini aku masa baru kawin juga,dicampaknya magazine ‘frontline’..majalah muzik yang aku suka..Aku mengamuk dan emosional sangat..Jadi benda-benda gini yang selalu berlaku…ketidak sefahaman dalam menjalani..Sebab 2 hati tidak akan jadi 1..itu mengarut je..Cumanya memahami itu lebih baik dari menghukum..
Aku selalu berfikir seperti dalam movie ‘last temptation of Christ’..Nabi Isa dibayangkan atau dipujuk dipalang salib oleh Iblis untuk tinggalkan kesengsaraan,kembali menjadi manusia yang punya tanggungjawab dan beranak pinak..Ya,itu yang sedang aku lalui..ada famili,tanggungjawab,anak-anak..Semuanya kalau kita negatifkan ianya adalah beban..tapi kita kena positifkan juga sebab ianya tanggungjawab kita sebagai seorang manusia yang takdir ini kitalah yang memilihnya..Dan dari situ kepercayaan kita pada Dia akan semakin kuat dan kukuh..percaya padad dia makna kamu akan percaya pada diri kamu sendiri,merangkumi perjalanan takdir yang sedang kamu lalui.Ianya bukanlah keindahan yang dimata..tapi jiwa kamu akan menerima apa jua hal dalam keadaan yang seadanya,semampu kamu..bergantung pada tahap percaya kamu pada dia,sang pencipta..

Jadi itulah,ada banyak member-member yang nak kawin..hahahah..proceed..teruskan..Sebab kita adalah sebahagian dari permainan itu..layan je..walau jika diberi pilihan..aku pun masih suka mood orang bujang,kemana pergi tak ada yang melarang..

Cuma kenyataannya,lepas kawin akan ada banyak chapter yang terpaksa kita mainkan walau kita tak suka,sebab ianya bukanlah satu kebiasaan ismi kita..Jadi dari situ kita akan melalui proses yang kita namakan ..permulaan untuk sebuah kesempurnaan..walau dimata orang kita tak sesempurna mana..asal kita yakin pada Dia..The world is yours..definetely…

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. cinta itu buta bro he he. kahwin tu berkongsi dan tolak ansur, kalau x leh, pk2 sebelum nak salam pak kadi tu ha ha

  2. caluk:ya betul itu..ada masa datang lagi..tq

    andak…hahaha..mei chern..suka dgn suaranya kot..

  3. ..ha ha betul tu bro..wa dulu pun heran gak dengan wife,masa nak tidur wa layan Burzum dia buat dek je..tapi itulah perkongsian..blues for life..ha haa..

  4. bro,
    gua setuju. banyak benda kecil sekeliling kita, bila diangkat menjadi cerita ia menjadi besar. gua igt nak jmput bro buat prsmbahan kat konsert dppgopeng nanti. boleh on?

  5. boleh no problem..blh sms gua 0125901798…tq bro

  6. sheikh,

    kita cuba menjadi sempurna tetapi sempurna pada kita mungkin tidak sempurna pada orang lain .. hehheh.. lu tentu faham maksud wa.. forward march……

  7. ya shekh..hahaha..ya kita ni species yang tak mcm org yob..haha

  8. Nik Javid dah nak kahwin ke?

  9. saya membaca dan mengambilnya sebagai nasihat dari seorang abang yang punya lebih pengalaman. Terima kasih meor. 🙂

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.