Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kebenarannya……

8 comments

Kebenarannya aku sedang berjalan dilorong ini,lorong yang memang dibikin untuk aku..Masaalahnya?Memanglah banyak masaalah..Sebab hidup itu sendiri adalah masaalah..Lainlah kalau kamu duduk dalam perut ibu kamu atau kamu masih menjadi rahsia dan ceritanya sebelum kamu ada dan diadakan..Selesa?Sebenarnya tak ada pada makna dan kata-kata..Aku sukakan kesimpulan..Solution..Gini..Inilah kebahagiaan versi aku..Bila dosa dan pahala itu bercampur,itulah kamu dan kamu haruslah menghargainya..’Dosa juga diperlukan dalam hidup manusia,kalau ingin tak berdosa,jangan jadi manusia,jadi saja Malaikat’..Itu kata-kata penyanyi Folk Indon Doel Sumbang..

Duduk bermenung,aku menjengok semalam..ohh..alangkah sebentarnya waktu..Gedebak gedebuk aku dah pun semakin berusia,nasib baik aku telahpun mendewasakan akal fikir seiring dengan waktu..Sebab?Bukankah tadi aku kata,aku sedang berjalan diatas takdir sejak tahun 1990?…Sebelum tu?Anggap saja aku belum akhil baligh atau belum cukup faham tentang hidup dan Tuhan..Saat ini?Apabila kamu tahu rahsia dan ceritanya..ianya hanyalah sebuah permulaan untuk kamu lebih mengenal diri kamu sendiri..Tak percaya?Ha Ha Ha….Dan ianya adalah keselesaan yang hakiki..

Yang hakiki pulak bukanlah bersifat material…Ya dan ya..itu betul..Makanya kamu akan hilang nikmat untuk menikmati juga nikmat untuk merasa diakal satu persatu..Kamu cuma merasa apa yang ada dijiwa..Ianya bukannya matematik,bukan pengiraan,bukan fakta,mungkin 1+1=3..Kamu suka dia ,itu yang ad diotak kamu,nafsu..mencuba untuk kenal dia,cari dan cari jalan..telefon,mesej pesanan ringkas,Ok dapat…Dan sudah tentu kamu boleh bayangkan keindahan tentang dia..segalanya tentang dia,Itu emosional..Dan bab yang selanjutnya kamu telahpun mempunyainya..dia yang kamu puja dulu..selepasnya adalah sebuah permulaan sebuah cerita..logistik,rasional…Ohh..tak lah seseronok yang disangka…Diwaktu ini laut yang kamu lihat tenang dulu sewaktu kamu dialam angan-angan..(walaupun laut bukannya tenang selalu…)sudah selalu bergelora..ribut,tsunami..Dan mata kamu sudah dicelikkan untuk sebuah realiti…Jadi kamu boleh pilih mahu diteruskan atau berhenti disitu saja….Ha Ha Ha…Kalau kamu memang betul menghargainya,ya dan kamu telah memilikinya,tanpa mengira apa dan siapa dia..Dan berjalanlah diatas takdir kamu sendiri…itulah kebahagiaan..

Apa lagi yang kamu mahu?Bilamana semua yang kamu mahu itu ada disini..Dijiwa kamu,dan bila dijiwa kamu sudah tidak berkehendak…Itu sebab kamu perlu bijaksana dalam menjalani hidup ini..Keseimbangan antara dunia dan akhirat…Zahir dan batin..akal dan jiwa….

Aku memang begini…Ha Ha Ha…

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. kesimpulannya apa? jalan di lorong sendiri? lorong yang satu..satu untuk aku, satu untuk kamu..dan untuk mereka,,
    tapi tetap SATU! macam lagu sani-
    sendiri-sendiri,
    tiada iri-iri,
    bunga harum mewangi
    bunga kembang tak jadi
    semuanya di tangan sendiri

  2. dipenghujungnya adalah subjek keindividuan,but semuanya kembali kesitu juga..lu,gua..kita semua..sebab dipenghujung titik adalah sebuah permulaan yang namanya keabadian..

  3. ha..ha..ha..dosa itu perlu untuk kamu tahu bertaubat dan bemaaf-maaf..dan kamu tahu kamu itu manusia.Manusia itu sebaik-baik kejadian…ha..ha..ha

  4. itu namanya bersenda gurau, bergurau dengan Kekasih, kadang2 merajuk, adakalanya bagi dia sayang..harap2 Dia terima ‘gurauan’ kita..hihihi
    sebab kesan gurauan pun terkena kat kite jugak..pokai, sedih, seronok, ketawa..

  5. Nan Blues says:

    wartawan kita suka tulis ayat cam ni “….beribu2 jiwa YG TIDAK BERDOSA telah menjadi mangsa..”.Bila kita manusia,kita semua ada dosa.Dosa jadi sebab kita ke neraka.Kekal atau tidak saja yg kita kena ambil kira…Eh, macam lagu plak.

  6. ha..ha..haa..Nan keh setuju sgt dengan ayat aok tu..heee..hee

  7. Nan Blues says:

    “OO..Tuhan, tidak lah aku layak untok Syurga Mu..Namun aku tak berdaya..menahan panas Neraka Mu…” Eewah, pandai M.Nasir buat lagu tu yek?.Bukan ke tu munajat sorang ahli sufi ke? sape ha?

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.