Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kehidupan ini adalah nyanyian…Maka bernyanyilah…

0 comments

Sewaktu di kampung dulu era 80an saya tengah kemaruk muzik folk…Banyak yang saya suka. Cara saya mencari album yang saya mahu senang saja, pertama tengok cover album mesti pegang gitar tong. Itu tanda dia penyanyi folk, lagi satu tengok ekspresi muka, kalau ada macam masalah sikit itu makna sesuai dengan jiwalah…Ha ha ha

Seperti Dylan, Cat Steven, Don William, Jim Croce, Ebiet – Itu Sohaimi yang introduce kan secara tak langsung kepada saya. Jadi bila sudah suka saya dengar Simon & Garfunkel dan muzik-muzik dari folk artis yang lainnya.

Satu yang menarik tentang pekan kecil tempat kelahiran saya, Bruas di Perak sana, sering berlaku hal-hal yang menarik yang tak diduga.

DI sebuah kedai lot sederet antara jalan menuju ke balai polis, ada sebuah kedai jahit yang turut menjual kaset-kaset cetak rompak. Saya pun tak pasti macamana diorang boleh jual album penyanyi Jepun. Turut dijual album Momoe Yamaguchi, penyanyi popular Jepun era 70an.

Suatu hari saya membelek satu album dari penyanyi Jepun. Itulah seperti saya kata tadi, dah lah tulisan jepun cuma muka dan mood penyanyi tersebut agak sesuai dengan selera jiwa saya. Saya pun belilah…Memang lagu-lagunya menarik.

Setelah lama melalui info yang mudah kita boleh dapat di internet saya pun tahulah penyanyi tersebut namanya Chiharu Matsuyama. Dia ni famous di negaranya dengan album pertamanya diterbitkan di pertengahan tahun 70an kalau tak silap. Beliau juga adalah folk singer/songwriter yang telah menghasilkan banyak album.

Kita boleh bandingkan Matsuyama ni dengan M.Nasir. Banyak lagu-lagu Jepun yang punya melodi yang menarik dan walaupun formulanya sama saja, cara pembawakan dan penghayatan mereka itu yang menarik bagi saya. Seperti salah satu lagu favourite saya ni ..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.