Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kehidupan..hidup dan terus hidup..

3 comments

Kehidupan?Macam biasa bro..tak ada yang berubah..Sebab tak ada alasan untuk kesitu pun..Cuma kawan yang menyokong makin ramai dan suka…Gua macam biasa..Album jualan bagus cuma nama pun D.I.Y..hahaha..Tahap bagusnya taklah macam jualan album yang mempunya kelompok yang majoriti.Cuma ianya berkembang..Syukur..
Cuma terharu dengan penghargaan kawan-kawan yang gua hormat..Apa yang lebih penting dari nilai persahabatan..Disini,diwilayah yang gua sedang bermukim..segalanya biasa-biasa saja..Sebab seklimaksnya pun kita hanyalah pejalan dimukabumi Tuhan ini.Berbangga dengan watak kita?hahaha…Itulah kita….yang penting kita masih boleh bersembang..berkongsi pendapat,cerita..gelak..melayan masaalah hidup yang tonggang terbalik mahupun tegak berdiri seperti Alif..At the end..disinilah kita..dan inilah kita..

Semalam dah tak ada..esok akan ada program..Selagi ada nyawa..

Masaalah macam biasa..tetap akan ada juga..Sebab itu hal dan perihal yang telah direncanakan untuk kita..

Kita patut bersyukur dengan watak kita..Lawyer,engineer,doktor,politician,tukang sapu,kondukter bas..akauntan..ahlil muzik…Ahlil muzik?hahahaha..

Sekarang pun dah tak macam dulu suasananya..kebanyakan ibubapa sangat suka kalau anaknya bercita-cita jadi penyanyi yang glamour,yang keluar dari program realiti TV..Itu satu pencapaian yang penuh gemilang..Cuma gua tak pasti diorang suka atau tak kalau anak diorang memilih untuk menjadi Folk singer/songwritter..hahahaha..Sebab gua pun akan suspen kalaulah anak-anak gua akan ikut jejak bapak dia jadi folk singer/songwritter..Berbeza tu beb..apatah lagi kalau ada yang bercita-cit nak jadi pemuzik jalanan..hahahah..But trust me..apa pun kerjaya..kalau jujur..akan disukai Tuhan juga..yang tak jujur pun dia suka,apatah lagi yang jujur…Gua cakap dia suka sebab apa lu nak dia kasi..Cuma kadang yang lu nak tu..lu tak dapat nak capai..itu lu kena percaya bahawa bukan semua yang kita nak dalam hidup ini kita akan dapat..Sebab bagi gua…yang paling penting adalah ..bahagia..orang kampung kerja kampung..pun hidupnya bahagia juga..orang asli dalam hutan kerja mencari akar kayu dihutan pun bahagia juga..cari lah kebahagiaan yang letaknya dijiwa..itu yang dia mahu..bukan itu yang otak kita mahu..otak maunya macam-macam..elemennya nafsu dan kebendaan,..Pun kita atau guapun masih bernafsu…tapi tak bagus kalau kita dibutakan oleh kebendaan yang penyudahnya tak kemanapun…sebab at the end..segalanya lenyap,lebur..hilang..

Jadi,marilah kita raikan makna bahagia yang dijiwa ini…

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. Gua suka => Kita patut bersyukur dengan watak kita…

  2. anak bumi says:

    watak aku sebagai anak di bumi, sentiasa mempelajari dari ayah2 dan ibu2 semua.

    hehe.

  3. macam mana nak dapatkan album ini? sy berminat nak belilah

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.