Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

KESAKSIAN: HARI INI HARI KITA, ESOK?

0 comments

Terimakasih pada pembeli album ‘single Tika Hujan KuBerdoa'(THKB). Selepas pelancaran single tersebut di Annexe 16hb kelmarin, juga selepas cerita tentang saya dan karier disiarkan di akhbar The Sun, barulah album single THKB itu berjalan. Ramai kawan-kawan dan pendengar yang membeli. Dalam masa yang sama mereka beramal dan menderma. Itu satu perbuatan yang mulia. Moga bermanfaat untuk jiwa kita.

Saya ditemuramah oleh akhbar The Sun itu hari, saya pun tak ada kepentingan sangat sebenarnya untuk ditemuramah. Kalau ada pun itulah untuk album single itu boleh dijual sebab kita print 1000 keping. Jadi kena promote lebih la.

Pun ramai yang suka artikel tersebut. Kata seorang mamak yang punya kedai runcit di level 2 KL Sentral kepada saya, ” saya suka baca you punya artikel hari itu dalam paper Sun, baguslah”…ha ha ha

Perkara yang paling baik dalam hidup ini bila kita berjaya menjadi diri kita sendiri dalam apa keadaan sekalipun. Saya masih menjalani kehidupan yang sama, tidak ada yang berubah sebab tak ada apa yang nak diubah, lainlah kalau saya dapat Loteri Kebajikan Masyarakat bernilai juta-juta …ha ha ha

Berbalik pada album THKB, Menjual album ni bukanlah satu perkara yang mudah sebenarnya. Dan 1000 keping itu banyak… Jadi itulah, kita mengharapkan jualan akan berjalan lancar dan banyak pihak yang dapat membantu selain sahabat dan taulan.

Kepada yang telah membeli termasuk kawan-kawan saya, terimakasih banyak-banyak atas sokongan anda. Kita expect dalam masa 6 bulan boleh sold out.

Saya suka memikirkan tentang kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. Walau saya ni pun bukanlah bernasib baik sangat dalam hidup ni, tapi kita kena punya percaya yang tinggi terhadap kehidupan ini. Saya percaya apabila manusia itu dilahirkan dalam berbagai sifat dan bentuk yang pelbagai, ada yang cacat, ada yang sihat…Kalau yang cacat fizikal dan mental itu selalulah mereka minta derma jual tisu dan sebagainya. Walau pun mereka menadah tangan minta simpati, tidak rugi jika kita bersedekah mana yang kita mampu. Jangan dikisah cara mereka cari duit, tapi kisahkanlah keadaan dan takdir hidup mereka yang tidak sempurna, itu bukan kita yang minta. Itu dah Tuhan nak bagi, ujian untuk kita sebenarnya. Mereka OKU, kita sihat…bukankah itu perbezaan yang sangat nyata antara kita?

Saya menggalakkan anak-anak saya bersedekah ke atas golongan yang meminta, terutamanya yang OKU. Saya percaya itu bekalan yang sangat mujarab untuk jiwa kita.

Dan hari ini kita sihat, esok?

Bagi yang nak order album THKB, boleh terus ke link jualan
http://www.pestajiwa.net/pembelian-album-secara-pos-drur/

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.