Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kesan program realiti terhadap masyarakat(mingguan wasilah bil 15-21 jun08)

1 comment

Program Realiti AF(Akademi Fantasia)telahpun menutup tirai musim keenamnya baru-baru ini.Dan keputusan pemenangnya berpihak kepada pelajar kelahiran Sabah iaitu Stacy untuk menggondol tempat pertama dan merangkul berbagai hadiah tajaan dari penaja.Pendekata, cerahlah masa depan .

Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan kritikan para pengkritik terutamanya saudara Adlin,mungkin kritikannya pedas dan kasar,tapi ianya tetap bernas dan bersifat provokatif.Cuma secara peribadi.AC Mizal,pengacara AF pada malam itu dan juga malam-malam sebelumnya tak perlulah melalut sangat,terutama saya lihat pada malam final tersebut.Soalan-soalan yang diajukan pada pelajar kadang saya rasa tidak sesuai dan tidak bijak.Kita sedia maklum mereka akan mempersembahkan nyanyian dan sebenarnya tak perlulah ditemuramah dengan soalan-soalan seperti jual popia,kritikan yang tak boleh dilupakan,sabun Breeze dan berbagai lagi..Soalan-soalan begini sebenarnya mengganggu konsentrasi para pelajar secara psikologinya.Dan kita pun sedia maklum para pelajar AF ni hanyalah budak-budak yang separuh matang,pintu dunia seni dan hiburan baru saja terbuka untuk mereka,apalah yang mereka faham tentang seni dan hiburan melainkan menyanyi sebaik mungkin walau kualiti nyanyian masih masih boleh dipertingkatkan.

Apapun, bagi saya program-program realiti sebegini kalau dihentikan lebih berfaedah,sebab ianya tidak bersifat mendidik masyarakat melainkan hiburan kosong yang hanya menjanjikan fantasi dan menggalakkan orang melayu berangan dan dan terus berangan.

 

Kerajaan perlu lebih peka,berperanan dan memantau program-program realiti sebegini sebenarnya,sebab kesan dari segi sosialnya pada masyarakat kita boleh lihat dalam jangkamasa panjang dimana budaya kebaratan dan kepura-puraan tersemat secara perlahan dalam minda masyarakat hari ini.

 

Asasnya hiburan itu adalah muzik dan filem,jika ianya bersifat mendidik dan membuat kita berfikir halallah hukumnya,tapi jika melalai dan  melekakan atau membengapkan pemikiran maka haramlah hukumnya.Dan saya tidak nampak apa faedah yang masyarakat akan dapat dari program cedokan dari Barat ini sebenarnya.Kenyataannya tanpa kita sedari minda kita dimanupilasi oleh pihak Media Cetak mahu pun Elektronik,dan ini sebenarnya yang telah dan sedang berlaku sejak tahun 50an lagi.Masyarakat kita suka dibuai dengan mimpi  indah fantasi dari berpijak dibumi nyata.Umpama kalau di India,dengan jumlah populasi penduduknya yang ramai,dan majoritinya sangat miskin,dan masyarakatnya memang mahukan hiburan semata, mereka mahu lari dari dunia nyata.Hero digambarkan seperti Dewa.Everything must be perfect,setiap cerita kena ada happy ending,kalau ending sedih,panggung wayang akan dibakar.

Itu amalan Negara yang mengamalkan sistem Kapitalis,yang kaya terus kaya,yang miskin makin papa.Realitinya dimana-mana negara membangun pun mengamalkan sistem itu,termasuk di Negara kita.

 

Wartawan hiburan perlulah berilmu dan lebih berperanan dalam menjalankan tugas mereka.Mereka perlu faham muzik mahu pun filem bukan sekadar hiburan kosong.Sebagaimana yang kita tahu dunia Artis adalah dunia hiburan yang penuh dengan nilai seni yang kepura-puraan.Artis digambarkan sebagai subjek yang hebat dan sempurna oleh pihak Media walau kenyataannya tidaklah seperti yang digambarkan..bak kata orang Perak..Bio pape ase begaye(biar papa asal bergaya)..mungkin hanya segelintir para Artis yang berjaya dalam hidup mereka,namun bilangannya boleh dikira dengan jari.

 

Kalau dulu waktu di zaman jalan Ampas,pelakon-pelakon Filem yang dibayar gaji bulan tidak digalakkan menunjukkan muka atau bertemu masyarakat,maknanya perlu ada jurang antara Artis dan masyarakat.Masih relevenkah pandangan yang sebegitu di abad ke-21 ini?Yang pasti Artis-artis atau pelakon diwaktu itu menjadi mangsa manupilasi yang nyata dari golongan Tokeh-tokeh wayang dan Para pengusaha Filem waktu itu.R.Azmi(Allahyarham)penyanyi tersohor langgam 50an,meninggal dunia dalam keadaan papa kedana dan miskin.Siapa yang buat untung?Tentulah Syarikat Rakaman.

Tambahan pula diwaktu itu Tiada Akta hak cipta dan bayaran royalti untuk Artis.Artis Cuma dapat Glamour dan puji-pujian kosong yang tak tau kemana hala tuju nya pun.

 

Apa yang kita lihat hari ini,para wartawan lebih suka menceritakan tentang gossip dan skandal para Artis dan ini yang telah disemat dan dididik kedalam pemikiran masyarakat kita hari ini.Dan mereka tahu masyarakat sangat sukakan cerita yang sebegitu,dalam masa yang sama pihak Media Hiburan khususnya gagal dalam peranannya mendidik masyarakat,melainkan bersekongkol membuat fitnah dan dosa dalam cerita-cerita yang tidak matang.

 

Dan faktor ini tidaklah dapat kita nafikan sebenarnya,sebab kebanyakan para wartawan yang terlibat dalam bidang hiburan ini bukanlah punya kefahaman yang baik tentang muzik mahu pun filem.Mereka bukannya faham bahkan mungkin tidak punya minat pun untuk belajar tentang cabang-cabang muzik dan filem.Apa yang mereka faham adalah muzik itu cabangnya hanya Pop,lirik mesti ada unsur-unsur cinta dan putus asa,kalau Rock pun mesti jiwang dan cintan ,kalau filem pula plot atau jalan ceritanya sama dan stereotype dan misi yang lebih penting adalah untuk mencungkil apa cerita dalam kelambu para Artis yang kadang mengaib bahkan menjatuhkan maruah para Artis itu sendiri.Peranan Wartawan dalam menaik dan menjatuhkan para Artis sangat hebat sebenarnya,tanpa mereka sedari apa yang ditulis itu bakal memberi impak yang baik atau buruk pada nilai seseorang Artis disisi masyarakat.Dan jika ianya sesuatu yang mengaibkan walau apa tujuan sekalipun ,bukankah itu satu dosa besar disisi ugama kita?Sedang kita tidak dapat menghalalkan dosa jika memang benar ianya satu dosa.

 

Kebanyakan cerita-cerita tentang Artis yang kita baca dimajalah-majalah Hiburan hari ini bagi saya membodohkan pemikiran anak muda dan masyarakat amnya,menggalakkan kita taksub dengan dunia Glamour para Artis,menonjolkan imej seksi keterlaluan dan mengagungkan nilai kebendaan.

 

Dan saya bersetuju dengan kenyataan Mufti Perlis yang tidak membenarkan penyanyi Faizal Tahir(Artis yang lahir dari program Realiti) untuk membuat persembahan dinegeri itu,atas kesilapan dan keterlanjurannya membuka baju dalam satu persembahan yang disiar dikaca TV sedikit masa lalu.

 

Muzik mahupun Filem perlulah bersifat lebih mendidik,kerana ianya satu cabang ibadah juga antara sesama kita asal nawaitu kita betul.Hiburan itu satu keperluan ,cuma perlu diseimbangkan dengan waktu dan situasi,kerana realitinya,hidup ini bukanlah sekadar hiburan semata.END

 

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. sokong sangat kalau program tu dihapuskan terus… sememangnya tak membina

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.