Notes:
Keseimbangan
Apapun, keseimbangan adalah subjek yang paling saya titikberatkan di dalam hidup ini. Saya percaya kita manusia telah dan sedang melakukan proses hijrah demi hijrah dalam hidup kita.
Ada yang hijrah mereka dari menjadi seorang yang normal menjadi abnormal. Itupun hijrah juga. Ha ha ha
Saya pernah melalui satu musim yang mana saya berasa sangat shahdu apabila berada di dalamnya, dikelilingi mereka yang menggunakan ayat-ayat agama yang mana ianya jelas membuatkan saya hiba dan untuk satu musim, bermukimlah saya di situ.
Tetapi itu bukanlah saya, jadi setiap hijrah yang telah kita lalui adalah ilmu dan pengetahuan. Ilmu tidak menuntut kita berubah secara fizikal atau penampilan, kerana ianya untuk disemat di dalam dada. Ismi kita akhirnya tidak akan menjadi selesa jika menjadi sesiapapun di dunia ini, kerana kita perlu menjadi diri kita sendiri walau dalam apa keadaanpun.
Jika sesuatu perubahan yang kita lakukan itu walau di awal cerita, niat kita adalah atas subjek keluhuran jiwa dan atas keredhaannya namun mungkin di pertengahannya akan datang sifat-sifat yang akan membawa kita ke lembah yang penuh dengan ketakburan, ujub dan riak mahupun tamak, pun tak guna juga. Kelebihan kita adalah adalah untuk tontonan mereka. Kelebihan kita? Apa yang ada pada kita? Ha ha ha
Semuapun bersifat pinjaman sahaja, jadi itulah pada saya, keseimbangan dalam apa halpun adalah subjek yang terbaik.
Saya beli buku Bob Isabella yang tajuknya ‘Aku, Isabella dan Tok Kenali’ dan membaca ceritanya yang susunan bahasanya bagi saya agak merapu, tidak indah, dari segi package agak tangkap muat dan tidak menarik sangat berbanding bila saya membaca buku ‘From Cat Steven’s to Yusuf Islam’.
Apapun saya beli buku Bob itu kerana salah satunya dia cucu Tok Kenali, dan Bob ada pencapaiannya yang tersendiri di dalam bidang yang diceburinya suatu waktu dulu.
Walau apapun, walaupun hari ini Bob sudah berserban dan sedang bermukim di suatu musim yang shahdu bersama dunianya dan apa yang sedang dipegangnya, secara peribadinya saya lebih suka melihat watak Bob yang sebiasanya, yang menjadi juri raja lawak atau apa saja yang melibatkan kesenian, kerana itulah wataknya di dunia ini. Itu bagi pendapat sayalah. Apapun perubahan kadang-kadang menuntut pengorbanan, yang itu kita perlu hormatlah.
Bagi saya dalam subjek atau penampilan yang sesebiasanya kitapun, kita masih boleh berdakwah dan menyampaikan apa yang baik yang menjadi tuntutan agama mahupun alam.
Sepertimananya Yusuf Islam yang akhirnya kembali bergitar, berlagu seperti sebelumnya selepas 20 tahun menyepi dan tidak memetik gitar atas alasan ianya mungkin akan melalaikan jiwa dan umat.
Saya tidak melihat itu sebagai subjek kesempurnaan sebenarnya, saya melihat proses atau musim itu sebagai satu musim yang ghairah dan sebu dengan angan-angan dan mimpi indah. Mungkin ianya akan mengendur atau menegangkan atas faktor ghairah itu sendiri. Jadi ianya bagi saya hanyalah satu proses demi proses. Wallahualam














