Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kesetiaan

9 comments

 

Kesetiaan itu inti kepada sebuah cerita yang namanya kehidupan.Ianya pengorbanan yang mutlak.Hang Tuah legenda orang Melayu dipertikai kewibawaannya kerana kesetiaan yang melulu kepada rajanya.Hang Jebat dianggap hero,jiwa rebel memberontak atas dasar kebenaran.Tapi bukankah Hang Tuah itu atas dasar kesetiaannya kepada raja melebihi segala apa yang ada ditubuh dan yang apa yang disayangnya?Jika kita mendalami akan makna kesetiaan,ianya sebuah misteri yang sukar untuk diungkapkan.Antara kebenaran dan dusta,antara kasih sayang dan benci.Segalanya terkumpul,bercampur menjadi subjek kesetiaan.Dalam hikayat Seri Rama,Indrajit mati ditangan Letchumanan kerana kesetiaan kepada ayahnya Rawana walau dia tahu ayahnya itu lambang kejahatan sejagat.Walau dia tahu dia akan mati,walau dia tahu Rawana juga akan mati ditangan Seri Rama.Walau dia tahu kebenaranlah yang akan duduk diatas takhta akhirnya.Semuanya kerana kesetiaan kepada ayahnya  yang memberikan kasih sayang yang tak berbelah bagi kepadanya.

 

Seorang kawan suatu hari meminta pendapat aku tentang konflik antara dia dan ayahnya,yang mana katanya,ayahnya gagal berfungsi sebagai seorang ayah yang sepatutnya.Segala sifat yang tidak baik seperti kaki mabuk,berjudi dan berbagai lagilah.Dan kebencian kepada ayahnya sering mengganggu mindanya.Begini, ‘tugas kamu adalah menghormati ayahmu walau siapa pun dia,sebab itu tanggungjawab kamu sebagai anaknya,tanpa dia kamu tidak lahir kedunia ini.Berdoalah semoga dibukakan pintu imannya semoga segalanya kembali seperti yang kamu mahukan.

 

Begitu jugalah dengan kesetiaan kita kepada majikan,famili,kawan dan sebagainya.Dalam dunia politik pun berlebih lagilah betapa nilai kesetiaan itu amat dituntut sebagai satu asas paling penting dalam subjek sesuatu pertubuhan atau persatuan.

Baik buruk cerita manusia didunia ini adalah lumrah alam semesta.

 

Begitu?ha ha haa..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. ha..ha..ha..wa pun degan ayah tak begitu kamching…jarang beborak…tapi macam lu cakap la bro kita anak kena setia…ha..ha,wa ni black sheep…tapi bila ayah dah tua ni,belas tengok dia…so wa jaga la dia semampu yang terdaya…kita kena selalu mendoakan org tua kita..itu perlu..

  2. Nan Blues says:

    Isey ubi..awok serupe keh juge.Dgn apok tak rapat.Jarang bertemu.Aku tak besar dlm jagaan bapak aku.Tapi bila berjumpa, cium tangan gak lah sebagai anak.Tapi ni tak kna ngena ngan “kesetiaan”.Setia pada bini je..sebab pandai masak gulai tempoyak.

  3. kah kah! kite memang serupa.. sejak dah berumur nilah baru ada belabun dgn apak..masa kecik dan remaja kdg2 sekali sebulan pun belum tentu kami bercakap..namun begitu ‘roh’ kebapaan amat kuat seolah2 aku dipantaunya di mana saja aku berada..

  4. hahah..gua pun sama………sangat tidak rapat sama bapak,sebab dia sangaaat garang..tapi bila dah tua dia cool..but gua tak ada love,mungkinn sebab cara dia,hatta masa meninggalnya pun gua tak sedih….but i do appreciate and repect him as a father..thats y bila ada anak2,gua show my love and care,give them happiness,and this is heaven inside me..hehe

  5. Nan Blues says:

    Sejenis je kita.Kita buka ‘Kelab Ikhlas Tapi Jauh’la ini mcam .Aku calon Meor jadi presiden.Tapi bila anak2 makin membesar dan kita makin berusia..anak2 kita perlahan2 jauh plak ngan kita..kita buka ‘kelab Jiwa Sepi’ pulak.Ingat lagi lagu Ralph McTell “Streets Of London”?.Youtube ada.

  6. ya betul?presiden?gua tak layak bro..hancusss….hahaha..rasa lu lagii layak..haha

  7. Ya apok keh da tua n sejak mak da arwah ni cool dah sikit tapi macam meor wa ta dpt love..ha..ha..tapi wa sayang dia,tu pasal luv wa curah kat Pan..tapi itu pun numpang anak orang…ha..ha..ha.bluesssssss weh..buat club tak ada president boleh?..ha..ha

  8. patutlah, semuanya KKS

  9. KalabuMalami says:

    🙂

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.