Notes:
Ketakutan dan kelemahan
Selalunya hidup ini beginilah. Sehari-dua ini seorang kawan saya jiwanya resah, banyak pertanyaan yang bermain di fikirannya. Antaranya dia bertanya tentang ketakutan yang tak sepatutnya. Yang ke dua pula tentang kelemahan diri kita. Saya rasa antara tingkat tertinggi bagi seorang manusia itu adalah menerima diri dan keadaan seadanya. Saya percaya Tuhan sukakan nilai kejujuran yang ada pada kita.
Tentang rasa takut, saya pun ada banyak ketakutan dalam hidup saya. Itu biasa kerana kita memang dibekalkan dengan sikap takut dan berani dalam hidup kita. Cuma bentuknya sahaja yang mungkin berlainan. Tapi bila kawan saya kata dia sampai nak melintas jalanpun takut, Saya rasa elok dia layan sahaja rasa takutnya itu, atau dia perlu lakukan sesuatu perihal perhubungan spiritual antara rohani dan jasmaninya. Kalau kita kata Tuhan itu tempat kita untuk mengadu, kita perlu praktikkan kata-kata itu. Maknanya perhubungan antara kita dengannya perlu dua hala, kalau sehala kadang-kadang maksud dan hasrat kita mungkin tidak kesampaian. Dia tetap tahu apa yang kita tahu, tapi kita tidak akan tahu apa yang dia tahu kerana mungkin tahap kefahaman kita dalam mengenalnya masih samar-samar dan yang itu yang perlu kita pertingkatkan kadang-kadang. Entahlah, saya pun masih ada rasa takut sebenarnya. Ha ha ha
Hantu pernah ikut saya balik rumah sewaktu usia remaja saya. Memang takut, dihentaknya dengan kuat dinding luar rumah kayu tempat saya bersandar. Sampai dia masuk dalam rumah, kacau betul. Apa yang boleh saya buat? Akhirnya saya bersedia untuk menghadapi kerana saya tidak punya banyak pilihan. Pertamanya sikap saya waktu itu agak takbur, jadi saya kena admitlah, yang ke duanya memang betul cakap orang tua, kita jangan takbur. Ha ha ha
Jadi saya terimalah dan dari situ saya dapat satu pelajaran, kita jangan takbur dalam hidup ini. Dugaan akan datang dalam berbagai bentuk. Saya pun duduk bersila, tunggu hantu tu mengadap saya, saya nak cakap sorry je. Ha ha ha
Yang menariknya bila kita dalam keadaan begitu, kita telah bersedia untuk sebarang kemungkinan sebenarnya. Kita ‘overcome’ rasa takut itu.
Tentang kelemahan pula bagi saya semua manusia tidak sempurna. Kita tahu di mana duduk kita, selagi kita masih berpijak di bumi, masih berkehendak itu ini, kita masih di katagorikan sebagai manusia yang lemah. Jadi yang terbaiknya kita selalulah bercermin atau bermuhasabah kata orang agama. Tapi apa salahnya kita raikan hidup kita dalam bentuk kita yang seadanya?
Itulah bagi saya, Tuhan suka jika kita jujur pada diri. Dalam masa yang sama cubalah seimbangkan dengan kehendak ramai. Itulah yang terbaiknya..Insyaallah
Formed in 1981 and disbanded in 1987, Vandenberg was a Dutch Hard Rock band mostly remembered as the launching pad for guitarist Adrian Vandenberg and his memorable stint in Whitesnake during the peak of their success from the 1987 record. Not to be left out, the band was briefly successful with the hit “Burning Heart” being testament to that. This is one of the songs out of series of “fan-faves”, so be to sure check out the rest, thanks
.
Band Line-Up
-Bert Heerink (Vocals)
-Adrian Vandenberg (Lead Guitar)
-Dick Kemper (Bass)
-Jos Zoomer (Drums)














