Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

kita adalah pengembara..

2 comments

Suka atau tidak,minat atau tak minat,kita terpaksa mengakui bahawa kita ini hanyalah seorang pengembara.Resah,bahagia,sakit-hati,benci,irihati dan entah apa-apa lagi,adalah rencah dan permainannya.Miskin,kaya,papa,gagal,berjaya..itulah kita,kerana kita adalah watak yang sedang kita lakonkan mengikut srip yang ditetapkan,dan kita tak punya pilihan sebenarnya.Kesempurnaan adalah bahagia mengikut persepsi dan kefahaman individu tentang wataknya.
Kita pilih apa yang kita mahu,hidup terus atau bunuh diri.Itulah pilihan kita.Ketidakadilan Tuhan sebab mengapa ada orang baik,ada orang jahat,ada orang macam baik tapi jahat,dan ada orang macam jahat tapi baik?Dan,ketidakbenaran begitu bermaharajalela memainkan pranan dalam mencorak isi cerita dimukabumi ini sejak adanya habil dan Qabil.

Ya,kalau itu mengikut logik hukum akal,boleh saja jika kita mahu memaki Tuhan atas sebab yang kita rasa perlu,sebab benci dan menyampah juga adalah sebahagian rasa dan nikmat cinta pada Tuhan yang tak berpenghujung.Ianya akan tetap kekal misteri sehingga kita mengadapnya.

Untuk aku,aku sedang memahami apa yang sedang aku lalui.Solutionnya memang tidak ada jika kamu bertanya aku tentang cerita-cerita kartun tentang dunia hari ini.Seperti kata Fanky Sahilatua dalam lagunya..”aku heran,aku heran yang salah dipertahankan,aku heran..aku heran…yang benar disingkirkan…”

Jadi jangan heran…ha ha ha..Sebab memang macam gitu cerita dan kehendaknya.kita cuba untuk meratap dan berdoa..pun jika jawapannya masih begitu?Berdoa lagi sampai ianya jadi tidak telus juga pada keputusan dan hukum alam..maka jadilah kita seorang yang suka mengharap belas dan ihsan Tuhan melalui takdir yang telah pun direncanakan sejak segala kejadian belum lagi ada.

Imej ..terlalu banyak imej..sedang imej bukanlah statik..ianya berubah-ubah,sehingga bila diteruskan akan menjadi fesyen pula..jadi apa yang nak dibanggakan dengan imej manusia?Aku lebih suka jika pokok-pokok itu dipelihara tahap suburnya,dipakaikan baju dan cermin mata,atau anjing-anjing itu diberikan akal mengikut tahap fahamnya tentang alam ini..

Hari ini orang sembahyang jumaat,kalau tak nak sembahyang..pegi buat taik mata…atau bersuka-suka gelak ketawa dikedai makan sementara masuk kerja balik pada 2.45 petang..memang tak bagus,tapi itulah kenyataannya cerita kita hari ini..he he..

ini lagu fav..dan guitarist fav aku..Dominic Miller..bekas guitarist Level 42..dan Sting..shape of my heart

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. Assalamualaikum, salam ziarah dan hormat dari saya. Benar kata tuan, kita semua ini adalah pengembara, sebagaimana Ibnu Umar r.a berkata, suatu hari Rasulullah telah menepuk bahunya dan bersabda; “Jadilah engkau didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan”.

    Dan sebagai pengembara, yang paling penting adalah sampai kedestinasi yang menjanjikan kejayaan buat selama-lamanya dipenghujung jalan, semoga Allah membimbing kita kearah itu.

  2. ya bro…pengembara yang gagal…….

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.