Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kita dan ceritanya

0 comments

Siang tadi anak saya, Aqeef menyambut hari lahirnya yang ke-9 tahun. Jadi kami sekeluarga pun membelikan kek dan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Saya sebagai seorang bapa turut merasa bahagia melihat anak-anak membesar di depan mata kita. Ye lah, dari mereka bayi kita jaga dengan penuh kasih sayang. Tahun demi tahun mereka membesar kemudian akan melangkah ke alam dewasa. Saya rasa inilah saat yang paling menarik, melihat anak-anak membesar. Apapun kredit tentulah lebih kepada ibunya yang 24 jam bersama anak-anak, melayan kerenah mereka sampai kepalapun naik pening.

Sewaktu saya bekerja di Yamaha Music tahun 1998 dulu saya suka melihat karekter seorag brader. Saya waktu makan selalu makan di warung mamak belakang bangunan KL Plaza. Jadi saban hari saya akan melihat brader ni mendukung anaknya yang mungkin berumur lebih kurang 5 tahun mungkin. Menarik kerana dari pengamatan saya brader ni mungkin dari golongan ‘street’ atau gelandangan mungkin kerana dari gayanya memang jelas kelihatan penat diwajahnya melayan citarasa kota yang tak punya perasaan ini . Pun walaupun begitu dia masih punya nilai kasih-sayang dalam dirinya. Saya dapat rasakan kasih-sayang yang terjalin antara mereka. Saya rasa kita patut bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki hari ini.

Kehidupan ini bukanlah semudah yang kita gambarkan, itu saya sedia maklum namun kitalah watak-watak yang sedang melakonkan babak-babak dari skrip dan ceritanya. Takdir akan membawa kita ke mana-mana mengikut citarasa kita sendiri. Saya waktu lepas SPM dengan kelulusan gred 2 pernah memohon untuk menjadi polis tetapi gagal sewaktu proses ujian penglihatan kerana saya ni buta warna. Kalau tidak mungkin saya akan menjadi anggota polis sehingga hari ini. Ha ha ha

Atas sebab itulah bagi saya apabila kita cuba faham tentang watak-watak yang ada di sekeliling kita, kita perlu belajar untuk memahami cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Kita tak bolehlah meletakkan setiap watak yang ada ni watak baik semata. Mana boleh begitu. Kesilapan telah menyebabkan Adam dan Hawa tercampak ke bumi maka dari situlah adanya kita di dunia ini. Kesilapan mereka perlu atas sebab musabab kehadiran kita di mukabumi ini.

Saya selalu berfikir jika kita ada sifat untuk cuba memperbaiki kelemahan diri dengan membuka mata menilai kehidupan ini dengan sejujurnya, kita telah bersedia untuk menghadapi setiap ujian yang datang dariNya, Tuhan semesta alam. Wallahualam

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.