Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Kita yang terlupa

0 comments

Kata isteri saya, semenjak dua menjak sejak saya menjenguk ke alam mainstream ni, saya agak ghairah atau excited dengan benda dan panorama baru di hadapan saya. Saya katakan tidak, saya macam biasa sahaja.

Sebelum inipun saya adalah seorang singer/songwritter yang biasa-biasa saja. Semua hero-hero saya dulupun biasa-biasa juga.

Tapi saya akui agak terkejut dengan musim yang sedang saya hadapi hari ini. Hari ini saya bekerja keras untuk sukses walau dalam usia yang semakin ke depan ini.

Itulah, kalau saya boleh hidup dengan menjual album-album saya sebelum ini dan show yang banyak di sana sini, saya tidak akan berubah haluan. Kenyataannya walau sudah punya sejumlah album dan dikenali oleh ramai orang walau bukan kesemuanya, saya masih bergelut mencari duit untuk terus hidup menanggung keluarga. Kenyataannya juga saya tidak mampu pergi lebih jauh jika saya ikut kepala sendiri.

Dunia indipendent adalah unik dan misteri. Kita berjaya di satu sudut, tapi mungkin kita akan gagal di satu sudut yang lain.

Dari segi bayaran untuk artis indipenden dan komersial sangat jauh bezanya. Macamana kita nak tanggung 5 kepala jika dalam setiap persembahan kita cuma dibayar rm 100 hingga ke rm 300 ringgit?

Inilah kenyataannya. Saya tidak punya banyak pilihan dalam hidup ini sebenarnya. Saya perlu keseberang sana berjuang di arena yang lebih terbuka jika peluang itu berada dihadapan mata. Kita tidak perlu terperangkap di wilayah yang kita rasa selesa kerana di ‘ghetto’ ini hanya kita-kita yang faham apa itu cinta dan rasa. Kita hanya memuji sesama kita. Sampai kemana sudahnya?

Apalagi perbezaannya? Abang saya akan dibayar rm 1000 untuk sebuah lagu yang dinyanyikan secara minus one. Saya akan dibayar rm 100 untuk 3 buah lagu yang saya nyanyikan sambil memetik gitar sampai berpeluh-peluh. Sampai bila saya boleh take it benda-benda yang macam gini? Ha ha ha

Semakin kita mengadap permainan yang kadang-kadang membodohkan, pun buat kita penat juga kadang-kadang, kita terpaksa akui inilah jalannya jika kita mahu ke sana.

Jalannya kurang menariklah, sebab hari ini kita berjalan atas dasar tanggungjawab, ada impian dan sedikit calculative yang kadang-kadang tidaklah dapat saya nafikan kita akan kelihatan bodoh di sesetengah sudut yang kita berasa janggal melakukannya. Ha ha ha

Itulah, berikanlah cermin itu jika saya terlupa menilik diri sendiri. Saya akan menghadapi wajah hodoh ini jika itu yang terpampang tatkala saya menatap wajah saya sendiri.

Muhasabah masih subjek yang terbaik jika kita selalu merasa yang kita ini mula tersasul, lupa, terlupa, bodoh mahupun bongkak.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.