Notes:
Kitalah buruh itu
Semalam kita menyambut hari buruh. Kita adalah golongan pekerja, working class. Kita adalah dari golongan marhen yang sederhana. Kita bukan mereka tetapi mereka ada kerana kita.Ha ha ha. Jadi pentingkah kita? Sangat penting sebenarnya, kerana kitalah penentu hala tuju negara.
Maka itu diraikan hari untuk kita, hari buruh.
Apabila mempersoalkan tentang ketidakadilan, kawan saya pun bertanya. Mengapa dunia tidak pernah adil kepada kejadian? Atau untuk lebih jujur mengapa Tuhan itu tidak adil kepada setiap makhluknya. Kita melihat dari segi paras rupa cukuplah. Mengapa tidak diseragamkan kelahiran kita? Mengapa ada yang muka lonjong, ada yang senget ada yang secantik model, ada yang gemuk dan ada yang kurus? Ada yang cacat, ada yang sempurna.
Sudah tentu ada sifat rendah diri yang dalam diri manusia yang punya kekurangan. Itu fitrah alam. Jadi jika mereka mempersoalkan tentang ketidakadilan Tuhan pada setiap kejadiannya, berhakkah mereka bersikap sedemikian?
Jawab saya: 2+5 berapa jadinya?
Jawabnya: 7
Jawab saya: Kalau saya kata jawapannya 10 apa yang kamu nak kata?
Jawabnya: Mana boleh, hukum logiknya memang begitu, ini yang semua kita faham!
Jawab saya: Itu dari segi logik kamu dan peradaban. Saya yang bertanya soalan jadi ikut suka sayalah nak kata apapun. Ha ha ha
Begitu?
Ha ha ha..
Begitu jugalah dengan Tuhan. Kehidupan ini adalah apa yang dia punya suka. Bukan apa yang kita punya suka. Dia nak jadikan orang cacat atau sempurna itu hak dia. Apa pilihan yang kita ada? Kita lahir ke dunia pun atas ihsan dia. Apa pilihan yang kita ada?
Jadi jawab saya, jika ada rasa tidak puas hati terhadap alam dan kejadian,luahkanlah kepadanya. Kalau nak marah, marahlah.
Saya percaya perhubungan yang mesra dengan Tuhan itu bukan hanya sekadar membodek atas dasar takut. Ianya perlu lebih dari itu. Kita berhak mempersoalkan kerana kita adalah sebahagian dari kejadian alam ini. Biasanya dia akan lebih mendengar jika apa yang lahir itu datangnya dari jiwa kerana jiwa itu adalah dari dia juga.
Jadi cerita dunia ini memang begini ragamnya. Ada yang baik, ada yang jahat. Kita cuba membetulkan keadaan mengikut hukum yang telah kita tentukan. Orang jahat masuk neraka, orang baik masuk syorga. Orang jahat masuk penjara. Orang baik dipelihara. Tapi kenyataannya, orang baik biasanya tidak mendapat tempat, orang jahat yang dimuliakan. Ha ha ha
Jadi saya ingin bertanya lagi. Apa pilihan yang kita ada?
The Billy Bragg version of the international socialist anthem.














