Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

lagi tentang hidup dan pegangan..

4 comments

Manusia berfikir sebab dikurniakan akal fikir..akal fikir dapat membentuk daya mau dan kreatif untuk membentuk peribadi dan jati diri dalam kehidupan..juga dengan akal fikir juga Adam terhumban kedunia kerana kalah dengan pujuk rayu iblis yang memang telah diberi greenlight untuk buat apa saja untuk melingkupkan umat manusia..sebenarnya subjek utama didunia ini adalah manusia sebab telah diberi keistimewaan oleh Tuhan menjadi khalifah dimukabumi ini..bagaiamanapun kita harus melihat subjek hidup ini melalui jalan hakikat sebab itulah kebenaran hakiki..hakikat bahawa kita ini hanyalah pelakon dimukabumi ini.Kita adalah watak yang sedang dimainkan oleh tok dalang..kebenaran bahawa iblis dan malaikat itu pelengkap pada cerita suka duka insan..kebenaran bahawa iblis itu tidak tunduk pada Adam,melambangkan kesombongan dan egonya yang maha tinggi..

bagaimanapun kebanyakan kita tidaklah suka pada subjek benar sebab ianya menyakit dan tak best…hehe..contoh macam ubat..itu pahit,kita kalau boleh suka yang manis..air yang paling baik adalah air mineral atau air dari gunung yang tidak tercemar..bagaimanapun kita lebih suka air yang berwarna yang telah dicampur itu ini..dari segi hidup pulak kita lebih sukakan kemeriahan,carpet merah,hollywood,coca cola..jenama yang mahal,walau sebenarnya ianya hanyalah barang yang diniagakan oleh puak-puak kapitalis yang memang mahu mencorakkan dunia mengikut acuan mereka..dididiknya kita menjadi taksub pada cerita dunia seolah kita ini akan hidup selamanya..

semua orang suka pada subjek benar yang hanya diotak..walau tak banyak orang suka pada subjek benar yang ada dijiwa..orang politik,orang ugama,orang baik tapi jahat banyak dan mereka ada disekeliling kita..jadi kita jangan buta hati…lihatlah kebenaran yang didalam,bukan diluar..mungkin kebenaran yang diluar itu glamour tapi itu merisikokan nilai pandang kita pada yang sepatutnya..yang nyata kita semakin dimanupilasikan oleh golongan-golongan yang berkepentingan untuk itu dan ini…

Tuhan suka singgah dihati orang yang beriman..iman bukan material..kalau kita celik iman,kita akan nampak kebenaran…tapi kalau kita buta iman,kita tak akan nampak kebenaran sebab ianya bukan hanya dimata…itu sebab dalam hidup belajarlah mengenal diri sendiri..belajarlah mengenal diri melalui kehidupan yang sedang kita lalui..belajarlah untuk lebih memahami bahawa hidup ini hanyalah persinggahan..belajarlah untuk fham bahawa hidup ini bukan hanya sekadar hidup dan keperluan..belajarlah untuk lebih menghargai saat dan waktu yang kita ada..enjoy the moment..dan yang terbaik..belajarlah untuk lebih memahami dari suka menghukum…

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. wa..manyak improve lu punya blog…sulah manyak gambar lorr…hehe

  2. haha..ya,sket2..itu hari ada masaalah sket,member wa sudah repairr..sudah blh taruh pic..kasi orang tgk…

  3. menarik artikel ni. sungguh tulus.

    *maaf saya agak ketinggalan, kesibukan membataskan

  4. ok bro..no problem…tq

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.