Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

LAGU CINTA KETUHANAN

0 comments

Sedang saya nyanyikan lagu hit tahun 50an’Only You’ yang dipopularkan oleh kumpulan vokal dari Amerika, The Platters, seorang lelaki Cina usia awal 50an datang kepada saya yang dia sangat menyukai lagu tersebut. Katanya lagu itu baginya bukan untuk cinta sesama manusia, tapi Tuhan. Saya kata itu bergantung pada tahap kefahamannya. Usia menjadikan kita semakin matang dalam kefahaman.

Saya teringat akan lagu cinta yang popular Melayu tahun 1992, Fantasia musim cinta nyanyian Iwan Dangdut yang liriknya ditulis oleh A.Wahid Nasir. Lagu itu lagu cinta yang popular. di usia remaja dan untuk orang muda yang bercinta itu lagu cinta sesama manusia sesuai dengan kefahaman mereka. Tapi untuk yang berumur 30an ke atas jika mereka faham apa yang tersirat, itu lagu ketuhanan antara khalik dan pencipta. Saya faham tentang itu cuma itu mengikut tahap faham masing-masing.

Apapun saya hormat Iwan kerana hijrahnya bagi saya menarik dan konsisten. Juga DR Sam atau Azmil Mustaffa. Sebab ianya bukan sepatutnya menjadi satu trend atau culture shock. Lagu Fantasia Musim Cinta itu memang untuk Iwan dan proses hijrahnya.

Untuk saya juga lagu itu untuk Tuhan, bukan manusia..Banyak lagu-lagu ketuhanan yang popular ditulis oleh lyricist terkenal seperti Amin Shahab, M.Nasir atau J.S Kevin. Mereka faham apa yang ditulis atau mereka juga secara tidak langsung memanipulasi minda anak muda yang asyik bercinta. Itu kita katakan keseimbangan. Keseimbangan kerana mereka mahu jual lirik dan jika lagu itu popular mereka akan mendapat hasil yang lumayan juga kerana asasnya kita ini masih manusia dan sukakan kesenangan materi, level hanyalah sekadar level..ianya tidak bermakna apa-apa pun . Selagi kita bernafsu..kawan baik yang sangat kita perlukan adalah ringgit…ringgit ada dalam ketuhanan, politik, agama..apa saja…

Itu sebab bagi saya kecuali kalau jalan kita itu seperti Shekh Siti Jenar yang sanggup meninggalkan dunia dan materinya demi untuk proses penyatuan, itu saya salutlah tapi kalau setakat tulis lirik lagu ketuhanan itu biasa saja, kecuali kalau kita masih di tahap mengenal, itu tidak mengapalah kerana cinta itu hanyalah sekadar ‘musim dan kepentingan’.

Untuk saya secara peribadi antara lagu ketuhanan yang terbaik adalah lagu Anak Wayang yang liriknya ditulis oleh Sawong Jabo. Terbaik kerana ianya sudah melepasi tahap memuja dan rindu-dendam. Ianya nyata dan jelas apabila katanya, Mencintaimu adalah mencintai hidup juga ‘Airmata bukan lagi duka..’

Apabila kita faham yang kita ini adalah sebahagian dari kejadian, kita akan belajar bagaimana untuk meneutralkan rasa cinta itu. Apabila dua itu dikira masih DU A, ianya masih di tahap angan-angan. ianya sepatutnya SE..Dua menjadi satu masih lagi baharu sifatnya. Seperti lagu ‘ Seiring dan sejalan, seindah bunga di taman nyanyian Broery/Sharifah Aini. Ha ha ha

Boleh saja jika tidak bersetuju dengan pendapat saya. Makna dan opini hanya mengikut persepsi saya..jadi ianya terbuka

Saya sukakan lagu-lagu cinta lama dan liriknya seperti lagu Jangan adik angan-angan nyanyian P.Ramlee. Liriknya secara jelas bagi saya tentang hakikat dan pengertiannya.

* Siang tadi orang gila itu datang lagi kepada saya. Katanya’ Bang, saya O.K.U , boleh bagi duit sikit? Saya nak makan..Hari ini dia tidk berbaju dan hanya berseluar pendek..Saya pun hulurkan rm 2.. diambilnya duit itu sambil menadah tangan ke langit. 15 minit kemudian saya bertembung dengan orang gila itu sambil dikelilingi pihak polis.. Mungkin esok dia sudah tidak berkeliaran lagi di KL Sentral.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.