Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Lagu lama, lagu baru..Orang lama, orang baru

0 comments

Saya kalau dengar radio hanya dua channel yang menjadi pilihan. Klasik Nasional dan BFM Station. Saya suka lagu lama Melayu Nusantara era 50an, 60an, 70an dan 80an. Paling suka penghujung 50an dan awal 60anlah. Era itu bagi saya terbaiklah. Kita ada P. Ramlee, R.Azmi, Sam Saimun, Ahmad C.B, Bing Slamet, M.Bakri, Oslan Hussein, Tiar Ramon dan beberapa nama lagi yang memang hebat. Bertambah bagusnya kerana era ini masih menitik-beratkan mutu senikata lagu dan melodi.

Selain lagu-lagu P.Ramlee, lagu-lagu seperti ‘sumbangsih'( M.Bakri), ‘cincin belah rotan'(Ahmad C.B) Di wajahmu ku lihat bulan( Sam Saimun), menimbang rasa( Oslan Hussein) bujang dara ( Sam Saimun) adalah antara lagu-lagu yang sangat berkualiti dari segi lirik dan melodi terutamanya. Lirik yang bagus bagi saya adalah lirik yang punya isi, penuh dengan makna tersirat yang boleh buat kita berfikir.

Apabila masuk era a go go, era Beatles 60an, pengaruhnya sampai ke sini dan irama pop yeh yeh meletup. Nama-nama seperti A. Ramlie dan grupnya, Swallows, A. Romzi, L. Ramlee, Jefridin, M.Sharif dan lain-lain lagi. Seperkara yang saya faham, di waktu ini bagi saya zaman ho ha, zaman yang enjoy dan penguasaan bahasa dalam lagu agak kurang dititik-beratkan. Di waktu ini jelas anak-anak muda kita suka berkhayal dengan lagu-lagu dan lirik-lirik meleleh, meratap dan kecewa. Namun melodinya rancak, rock n roll dan raw. Saya suka muzik pop yeh yeh. Pun ada juga lirik-lirik yang bermutu seperti di pinggir kali( J. Sham) .

Era 70an pula kita ada penyanyi hebat A. Ramlie. Beliau beruntung kerana banyak lagu-lagu yang dicipta untuknya bermutu ditambah dengan kualiti suara yang sangat mantap. Zaman itu saya suka dan salut Ahmad Jais( Datuk). Salut kerana banyak lagu dan lirik diciptanya sendiri. Suaranya juga mantap dan berkualiti. Antara lagunya yang saya suka ‘seraut wajah’, ‘budi setahun segunung intan’, ‘mengharap sinar menelan kabus’ dan banyak lagi lagunya yang bagus-bagus. Mungkin zaman itu zaman analog atau manual. Jadi kualiti rakaman bagi saya terbaiklah. Mungkin saya ni jenis suka sound yang agak raw walau dalam konsep orkestra. Maknanya masih ada rugged walau dalam bentuk yang formal. Kita dengar lagu ‘keluhan dara’ ( Wan Salman) lagu ini sangat bermutu dan liriknya juga berkualiti. Arrangement dan posisi kord lagunya unik. Zaman 70an juga banyak melahirkan penyanyi bersuara merdu seperti A.Ramlie, Ahmad Jais, J.Mizan, Ismail Haron dan banyak lagi.

Satu yang saya rasa, zaman itu bukan zaman rebel. Kita tidak ada band-band atau penyanyi yang rebel. Yang paling rebel dari segi muzik saya nampak Mike Ibrahim, Ismail Haron, Oslan Hussein, Swallows, The Hooks dan beberapa nama lagi yang mungkin saya terlupa.

Masuk ke era 80an kita ada Kembara yang dikemudikan oleh M.Nasir, A.Ali dan Shahlan. Waktu itu barulah kita ada lagu-lagu yang bermesej dari kumpulan Kembara. Konsep muzik mereka seperti U2, Pink Floyd, Emerson, Lake and Palmer dan band-band rock 70an barat. M.Nasir adalah antara pengkarya yang berpengaruh yang dapat menakluk pasaran muzik Malaysia dengan lagu-lagunya yang berkualiti dan unik. Manan Ngah juga bagus, beliau antara komposer dan producer yang hebat. Sohaimi Meor Hassan juga muncul di era 80an dengan lagu-lagu puisinya dan beliau berjaya menembusi pasaran dengan lagu-lagu hitnya seperti Epilog cinta dari Bromley. Beliau dianggap sukses waktu itu kerana walau tanpa promosi hebat, albumnya laku keras di pasaran. Kelebihan Sohaimi bagi saya adalah kerana lagunya mudah diterima dan suaranya memang mantap dan berkualiti.

Bersambung..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.