Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

LAGU MELAYU HARI INI MAKIN TAK SEDAP

0 comments

Kebanyakan suara penyanyi baru kita hari ini biasa sahaja, kebanyakan mereka juga boleh menyanyi tapi cuma dari segi teknikal sahaja yang bagus. Nak dibanding dengan penyanyi lama, jauh beza. Bezanya penyanyi lama kekal lama, penyanyi baru datang dan pergi mengikut musim.

Penyanyi otai seperti Jamal, Saleem, Hattan (Datuk ) antaranya, kita dengar saja intonasi suara mereka, kita boleh kenal tapi penyanyi hari ini susah kita nak kenal sebab tak ada trademark. Itulah yang membezakan antara penyanyi dulu dan sekarang.

Begitu juga dengan penyanyi era 50an sampailah ke era 90an. Kita boleh kenal suara P.Ramlee, Momo Latif, Normadiah, Saloma, Hail Amir, Latif Ibrahim, Sharifah Aini, D.J.Dave, M.Daud Kilau ( Datuk ), A.Ramlie dan penyanyi-penyanyi popular 60an lainnya.

Kebanyakan mereka punya trademark yang tersendiri dari segi suara terutamanya.

Dari segi lagu pula, lagu-lagu yang popular hari ini kebanyakannya tak sedap dari segi melodi. Kebanyakan lagu-lagu yang saya nyanyikan sewaktu busking adalah lagu Melayu 80an dan 90an, sebabnya orang masih suka dengan melodi yang catchy dan lenggok yang mudah diingat.

Lagu pop 80an kita terutama di era Alleycats, Flybaits, Carefree, Jay Jay antaranya semua golongan menyukainya. Suatu waktu, pernah saya menyanyikan lagu Cukuplah Sekali yang dipopularkan oleh Jay Jay,sehabis lagu itu saya nyanyikan, datanglah seorang lelaki usia awal 50an (berbangsa kacukan Arab saya kira) kepada saya. Sambil menunjukkan tanda bagus dia menghulurkan 20 US dollar.

Walaupun lelaki itu tidak memahami makna bait-bait yang saya nyanyikan tapi disebabkan melodi yang baginya menarik, dia menghargainya.

Lagu Indonesia hari ini lebih mendapat tempat di kalangan pendengar kita berbanding lagu Melayu. Saya bukannya suka sangat dengan lagu pop Indon hari ini, tapi jika kita menyanyikan lagu-lagu seperti Kehilangan ( Firman ), Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga ( Repuvlik ), Bintang Hati ( De Meises ) antaranya, dari kanak-kanak sampailah membawa ke orang dewasa sehinggalah ke warga emas, mereka sangat menyukainya.

Lagu-lagu Indon yang saya sebutkan tadi melodi dan formulanya sama sahaja dengan melodi lagu-lagu popular dari tahun 60an dulu sampailah sekarang.

Kalau di tahun 70an dulu banyak grup pop Indon yang berjaya menembus pasaran muzik tanahair kita. Dlloyd, The Mercys, Favourite Group antaranya memang popular di sini. Dlloyd di zaman kemasyuran mereka pernah mengadakan konsert besar di negara kita ini.

Saya confirm kalau kita menyanyikan lagu Hafiz, mereka tidak akan tahu atau minat. Sebab? Lagunya tidak memikat dari segi melodi. Lagu yang bagus berpandu kepada melodi yang catchy dan mudah diingat. Sampai sekarang saya tak minat untuk menyanyikan lagu Awan Nano ( Hafiz ) sebab lagunya bagi saya tak menarik dari segi melodi dan terlalu meleweh.

Lagu Indon? Perhatikan lagu-lagu mereka yang meletup di sini. Dari Zaman Dyloyd sampailah ke zaman Repuvlik, yang mereka tekankan adalah melodi yang catcy dan mudah selain susunan muzik yang mantap dan menarik.

Band-band pop Indon yang meletup di kalangan masyarakat kita bukannya bagus sangat. Tapi muzik mereka lebih mudah diterima berbanding lagu kita sendiri.

Kalau produk Indon yang betul hebat, real dan saya suka seperti Godbless, Ebiet, Fals, Franky Sahilatua, Gombloh dan Doel Sumbang antaranya. Cuma mereka ini tidaklah tergolongan dalam genre komersial.

Formula yang diguna pakai untuk lagu yang mereka gunakan masih lagi cara lama yang stereotype. Memang kita boleh agak kemana arah melodinya pergi, tapi yang itulah yang disukai ramai.

Kita lihat hari ini, yang mana penyanyi-penyanyi lama kita pun terpaksa memasukkan elemen rap dalam lagu demi untuk mempopularkan lagu tersebut di kalangan remaja, sedang lagu Indon tak payah nak rap pun, orang suka.

Lagu-lagu 50an, 60an, 70an, 80an dan 90an kita lebih sedap berbanding lagu zaman ini. Yang agak menonjol kalau kumpulan yang hadir dengan lagu-lagu yang berkualiti di zaman ini adalah satu dua seperti seperti Hyper Act.

Selebihnya mereka itu budak-budak remaja perempuan bertudung yang kebanyakannya naif, yang lahir di You Tube untuk mempromosikan imej dan produk mereka sambil tersenyum dan masyarakat suka dengan imej mereka yang Islamik itu. itu kita kata trend di zaman ini.

Zaman ini juga kalau kita tengok dari segi penggunaan bahasa pula, pendengar lebih suka bahasa pasar yang lebih santai dengan lirik standard sekolah rendah.

Sewaktu di zaman kanak-kanak, saya sangat terhibur dengan lagu-lagu Datuk M.Daud Kilau, Datuk D.J Dave, Sudirman dan penyanyi seangkatan mereka di zaman itu. Tidak hairanlah saya masih mampu mengingati kebanyakan lirik dan lagu mereka sehingga ke hari ini.

Saya tidak tahu apa yang tidak kena dengan kualiti lagu kita di zaman ini. Kesimpulannya apa sahaja produk yang datang dari Indon, terpaksalah kita terima sebab lagu-lagu mereka lebih mantap dari kita.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.