Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Leo Kristi..legend series 6

1 comment

Aku mula kenal lagu Leo Kristi tahun awal 90an dulu,bilamana terbaca komen Franky tentang perbandingan antara artis-artis Folk balada Indon,nyata komennya tentang Leo buat aku rasa mau kenal siapa itu Leo Kristi.Jadi bila Zunar Ke Indonesia,awal 90an dulu,aku pun mintak dia belikan album Leo Kristi..itulah tajuknya mungkin ‘Catur Paramitha'(1993).Aku ada juga perform masa tu anatara program anjuran PEKARTUN yang mana si Zunar adalah presidennya,jadi dia jemput aku untuk perform..Zunar taste muzik dia bagus..hardcore Iwan Fals,Ebiet,Franky&Jane,Gombloh,Vina Panduwinatha..apa lagi?hahaha…

Berbalik pada cerita Leo ni,aku first time dengar album dia..susah nak masuk dan faham masa tu..suara dia dah la satu macam,tenggelam timbul…hahaha..tapi aku tak reject..Cuma lagu-lagu dia sangat unik dan berkharisma,suara dia sesuai dengan penyampaian dan bentuk lagu yang dia bikin.Bila dah lama aku ulang-ulang layan ..baru aku mula suka..Dan bila aku baca cerita pasal Gombloh,barulah aku tahu yang Leo ni pernah satu band dengan Gombloh juga Franky..nama band diorang LEMON TREES..Gombloh pernah menempa nama dengan band ni..Gombloh,Franky juga Leo asal dari Surabaya.
lagu-lagu Leo ni penuh dengan semangat perjuangan,Nilai patriotiknya sangat tinggi..sama dengan Gombloh juga,cuma Gombloh ada elemen komersial dalam lagu-lagunya,dan bila ada elemen komersial..Gombloh mula terkenal dan popular,berbanding Leo.

Leo Kristi atau nama sebenrnya Leo imam Sukarno lahir di Surabaya pada 8/9/1949.Berkarier sebagai pemuzik jalanan juga.Kalau kamu tengok cara permainan suara dan lagu-lagu Leo.Kita boleh tahu yang mamat ni lagu-lagunya penuh dengan elemen classical dan pengaruh musik Flamenco.Musik dan suaranya penuh emosi dan berjiwa.Tak dapat dinafikan juga sebab Leo pernah mendalami musik classical secara khusus.Leo sempat menghasilkan beberapa album..Antaranya ‘Nyanyian Fajar'(1975)Nyanyian malam(1976)Nyanyian tanah merdeka(1977)Nyanyian cinta(1978)Lintasan hijau hitam(1984)Potret kecil cinta negeriku(1984)Biru emas bintang tani(1985) dan Catur Paramitha(1993)

Bagi siapa yang nak layan lagu-lagu Leo,bolehlah berkunjung ke Youtube…

Siri-siri legend ni aku tulis untuk memberikan maklumat bagi siapa-siapa yang mula nak kenal musik Folk dan Balada.Sebab bagi aku kita boleh dapat sesuatu knowledge atau pengetahuan juga ilmu jika kita dengar lagu-lagu Folk melalui lirik-lirik yang bercerita tentang manusia,alam dan Tuhan dalam konteks yang walaupun surreal,ianya tetap real…berjiwa..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. Orang Indonesia says:

    Jangan Dibajak ! Bbikin lagu sendiri ciri khas melayu dong, apa kamu tidak bangga dengan budaya melayu…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.