Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

MARI BER’AKUSTIK’.

0 comments

Sewaktu bekerja di Yamaha Music dulu, saya dikelilingi oleh serbaneka alat-alat muzik, dram, gitar, bass gitar, elektrik gitar, keyboard. Segala macam semuanya saya dah cuba.

Bahkan atas kapasiti saya sebagai senior staff di sana, saya boleh pinjam secara consignment gitar akustik akustik yang mahal-mahal dan berkualiti tinggi di mana-mana persembahan yang saya terlibat, untuk tujuan promosi.

Lama saya bekerja di Yamaha, dari tahun 1996-2004. Sebelum itu di Bentley Music selama 1 tahun. Dari segala macam jenis gitar akustik yang saya cuba, bagi saya gitar akustik apa brand pun ok, yang berbeza cuma harganya. Kalau lagi mahal lagi sedap bunyinya. Dan gitar Yamaha juga bagus dan berkualiti, kalau yang berharga rm 1500 ke atas lah.

Pun bila saya sudah cuba gitar akustik APX series yang berharga rm 24,500.00..memang gitar-gitar lain dah tak sedap.

Gitar ni seperti kereta, lagi mahal lagi sedap dan selesa memandunya. Waktu saya bekerja di Yamaha dulu, gitar murah-murah ni saya tak pandang sangat, sebab ada banyak pilihan.

Seperkara, mahal murah ni sebab jenis kayu yang digunakan. Ada macam-macam jenis kayu, Solid Cedar, Solid Spruce, Brazillian wood, Birds eye maple…macam-macam lagi. Ada kayu yang diperam selama 15 tahun sebelum digunakan.

Saya pernah menyertai seminar pembuatan gitar akustik jenama Yamaha, Akustik dan Klasikal. Yang jadi consultantnya dari Jepun, umur dah 60 tahun, cakap orang putih pun pelat dan berterabur, tapi diorang ni confident level memang tinggi.

Ada gitar yang khusus seorang saja pembuatnya, kita boleh lihat signature tangannya di di bawah jenama gitar tersebut. Yang itu harganya kalau tahun 2000 dulu sudah menjangkau rm 5000 ke atas, made in Japan, solid spruce.

Saya terpanggil untuk menulis tentang gitar akustik, sebab seorang kawan yang sudah berkunjung ke Indonesia baru-baru ini dan membeli sebuah gitar akustik hand-made in Indonesia dengan harga rm 3000 ke atas. Brand gitar tersebut saya sudah lupa, pun ramai artis-artis folk dan rock Indonesia yang menggunakannya seperti Iwan Fals dan Slank.

Saya tahu gitar itu memang bermutu dan berkualiti kerana jenis kayu dan finishingnya yang mantap. Sebelum ini kawan saya itu punya beberapa jenis gitar akustik yang harganya saya boleh kata rm 2000 ke bawah. Jadi katanya memang berbezalah dari segi sound dan bunyinya.

Ada gitar klasikal Yamaha yang berharga rm 40,000.00..memang sedap. Kalau seorang beginner memang akan cepat pandai bila guna gitar itu untuk belajar.ha ha ha..sebabnya soundnya memang lunak dan lembut.

Apa pun bila tidak bersama Yamaha Music, gitar yang murah pun dah jadi sedap…sebabnya kita sudah tidak punya pilihan lagi…ha ha ha..

*** Perang memang menyusahkan dan kejam kepada siapa saja…atas nama keamanan kita menegakkan dan memutuskan siapa yang benar dan siapa yang salah..semuanya atas dasar kepentingan, dan yang paling malang, ramai nyawa yang terkorban…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.