Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

mari bertuhankan duit!!

1 comment

Hidup la ni makin payah,makin banyak orang tak kerja,susah nak cari makan,hanya segelintir yang boleh lepas.Tak ada duit memanglah susah,sebab kos sara hidup tinggi beb!!nak kencing/berak dah 50 sen..air suam 30 sen..pendekata semuanya duit.banyak kawan sebab duit.Hilang kawan pun sebab duit.Tak ada duit,adik beradik pun tak pandang..Dan kawan-kawan pun suspen je nak dekat..ha ha ha…Jadi duit ni memang berperanan dalam membantu perwatakan manusia dari level insan ke level hewan.Orang gila tak suka duit,orang politik suka duit sebab dikatakan ianya mampu membeli jiwa rakyat yang miskin ilmu.Orang yang tak suka duit selain orang gila,itulah orang yang bukan orang..bukan Tuhan.Mereka itulah yang duduk didalam peliharaan Tuhan semesta alam.di alam Tuhan tidak ada material sebab jiwa itu tak memerlukan apa-apa..yang mahu itu ini..nafsu..kita semua bernafsu.
Aku kenal banyak perwatakan hidup dan manusia,sebab aku selalu ada dijalanan,walau aku belum sampai kehujung usia,tapi aku rasa aku cukup faham tentang sikap manusia,pun begitu hidup adalah proses.Melalui riak muka,kita boleh kenal sebab yang didalam itu tak mampu menipu.yang didalam itu satu,dari yang satu..permainan nafsu terbatas sebenarnya,ianya hanya diruang lingkup akal fikir yang tak kemana,sebagaimana usia kamu yang bila sampai masanya mati,tubuh kamu jadi jasad yang tak berfungsi,ditanam didalam kubur atau tanpa kubur.Dan dimasa itu segala apa yang kamu miliki bukanlah milik kamu lagi..
Namanya pun hidup ini,hal..hal itu dunia,dunia itu sendiri adalah masaalah..Pun bukanlah kita menafikan masaalah.bahkan kita duduk dan bergaul dengan perihal masaalah itu sendiri.Maknanya kita tidaklah menafikan.

Tapi itulah.tak ada duit susah juga..dah berduit makin nak banyak duit,dan dari situ datang la macam-macam sifat yang tak baik seperti tamak dan bakhil dalam diri kita.Dah makin banyak duit,mulalah nakkan kuasa,dah macam Tuhan le pulak.Pun sebagaimana Firaun,tak sampai kemana pun.

Biasanya orang yang berduit dan berharta dipandang tinggi oleh masyarakat yang cetek ilmu tentang Tuhan.Imej itu permainan,maka janganlah tertipu olehnya..

Itu hari bini aku dok tanya,kenapa aku tak takut mati..sebab aku ini dilihatnya miskin dalam hal ibadat malah miskin juga harta dunia..Bila aku senyum tanpa jawab,disanggahnya pula..lepas tu aku ketawa menampakkan gigi-gigi yang semakin kurang..jadi aku ini subejk yang hodoh lah mungkin..Aku bagitau bini aku..aku tak boleh nak jawab..tapi aku bersetuju bila sampai masa segalanya akan jadi ok..sebab aku positif..Dan aku setuju tentang solat..atau apa-apa juga hukum halam yang boleh menjadikan manusia itu mulia disisi manusia.Disisi Tuhan?he he..itu kita tak tau,sebab terpulang kepada dia..bukankah kita ini miliknya?Dah dibagi nyawa itu dah cukup bagus.Bagi akulah..Jadi kalau aku bersolat itu untuk menambah baikkan level dalaman atau jiwa aku sendiri.Itu yang sepatutnya..Dan contoh juga untuk anak-anak.

Jadi mahukah kita bertuhankan duit?atau pun itu yang sedang kita alami tanpa kita sedar?he he..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. Kongkek N go says:

    hahaha.. belum ada judul!

    antara lagu yg sering aku nyanyikan buat membelai diri sendiri zaman aku homeless dulu.. hahaha

    kadang2 aku lebih rindukan saat2 tu sebab waktu tu aku benar2 tahu siapa yg benar2 teman..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.