Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Mari kita bercermin

0 comments

Kita bercermin kerana kita manusia. Kita bercermin untuk kita melihat kita. Kita bercermin untuk memastikan yang kita ini masih hidup lagi.

Suatu waktu dulu saya pernah di tanya, ”kalau engkau tak ada, Tuhan ada tak?”, jadi saya pun kata ”tak adalah”

Untuk lebih detail saya katakan bahawa bagaimana saya nak tahu Tuhan itu ada atau tidak kerana saya sendiri belum ada?

Perhubungan di antara alam roh dan nyawa adalah dua hal yang berbeza. Roh adalah rahsianya. Apabila roh ditiup ke jasad barulah kita bernyawa dan wujud perhubungan antara jasmani dan rohani atau zahir dan batin.

Kemelut persekitaran dan pergolakan di sekeliling kita hari ini memang akan membuat kita pening sebab cerita dunia ini tiada sudahnya. Politik, agama, konflik, spekulasi, manipulasi..segalanya ada di sekeliling kita dan mereka mahukan tindak-balas atau respon daripada kita. Itu semua akan menyebabkan A campur B jadi AB, darab C jadi begitu, tolak pula dengan D jadi begini. Ianya bersifat kalkulatif yang melibatkan dalam pemikiran kita ada baik, buruk, syorga, neraka dan yang paling utama akan menyebabkan kita lupa siapa kita dan untuk apa kita di sini.

Adakah baik untuk kita berprasangka atau berdendam atau beremosi tentang hal-hal yang melibatkan dunia dan sekeliling kita? Perhubungan dua hala untuk kita adalah untuk cerita kita yang bernama manusia.

Saya suka politik, cuma saya tidak ada masaalah dengan mana-mana ahli politik baik kiri mahupun kanan. Sebabnya saya tidak suka ada elemen benci, marah dan dendam dalam diri saya sendiri sebab itu akan menjadikan kita bersifat prasangka tentang hal-hal yang kita sendiripun kadang-kadang terkeliru. Jadi yang paling baik saya cuba berjalan sebiasanya dan cuba untuk memahami apa kehendak dunia ini sebenarnya.

Yang saya faham kita ini hanyalah pelakon yang sedang melakonkan skrip hidup kita di pentas layar kehidupan yang semakin tua ini. Kita boleh pilih apa watak kita dalam hidup ini. Saya memilih kesederhanaan, kerana itu yang akan membuat jiwa saya tenteram dan selesa, bila keadaan tenang kita boleh rileks dan fokus pada hidup.

Kalau nak marah-marah sampai ke mana sudahnya?ha ha ha

Hidup memanglah penat tapi dah itu tanggungjawab kita, bersyukurlah. Sekurang-kurangnya kita masih diberi nafas untuk bernafas dan akal untuk berfikir. Selainnya selalulah bercermin atau muhasabah. Itulah yang tebaik untuk kita.

Godbless/Duo Kribo- Panggung sandiwara

Dunia ini panggung sandiwara
ceritanya mudah berubah
Kisah Mahabrata atau tragedi Yunani

Setiap kita dapat satu peranan
yang harus kita mainkan
Ada peran wajar, ada peran berpura-pura
mengapa kita bersandiwara

Peran yang kocak, bikin kita terbahak-bahak
peran bercinta bikin orang mabuk kepayang
Dunia ini, penuh peranan
dunia ini bagaikan jambatan kehidupan
Mengapa kita bersandiwara?

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.