Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

mari kita bicara pasal kejujuran..

4 comments

Walaupun istilah kejujuran sering dimanipulasi oleh golongan yang berkepentingan,namun aku masih suka untuk bercerita tentang subjek dan permainannya..
Tadi pagi aku dan Nik dijemput untuk perform/busking di KL Sentral..diorang nak lancar program diorang..jadi aku dan Nik pun bikinlah,support apa yang patut…

Itulah,bagi aku,seperti yang aku sembangkan tadi dengan seorang kawan..Kalau nak dikira jujur..Pemusik,penggiat seni,Busker,penyajak..mereka adalah orang-orang yang jujur..yang tak berkepentingan sangat..Sepatutnya disokong oleh pihak gomen..berbanding dengan golongan politikus..permainan mereka bagi aku sangat teruk..korupsi,bodoh,gila kuasa,gila pangkat,kapitalis,yang diorang tau macmana nak bikin duit banyak dan berkuasa dan terus berkuasa..
Ini macam kita ni yang nak dikacau..kita ni apalah sangat..Dah lah hidup tak sesenang mana..mungkin sebab kita tak pandai dalam bab ampu mengampu..jadi payah sikit..yang itu kita terimalah..
Macamanapun bukan semua golongan politician yang begitu..yang bagus- tu baguslah..
Aku penat sebenarnya melayan satu demi satu bab-bab dalam kehidupan ni..

Kejujuran bukan ada maknanya sangat pada hari ini..

Ni aku tengah pening ni..kereta meragam..gear box rosak…mampos!!hahahahhahaha…mana nak cekau duit..hahaha

apapun kita layan ini lagu fav gua masa dulu..jangan salah faham..gua suka lagu ni sebab ada part lirik dia ..bila engkau disampingku,kembalilah warna-warna ungu..warna ungu tu..hahaha..ungu ni bagi gua warna psychedelic…dia tak cakap warna putih ke atau hitam..dia cakap ungu…hahaha

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. salam bro. ingat gua? di temerloh rajawali. gua baca puisi, lu backup gitar. thanks..
    yah..benarlah hidup tiada mudah. kita kena tabah.
    banyak kita harap tidak kita dapat, banyak kita dapat tidak kita harap. salam perjuangann…………

  2. ya bro..ingat2..salam perjuangan juga..:)

  3. cheh..dengar ini lagu lu bikin jiwa wa muda balik bro..ahak..ahak..

  4. Benar bro, sebab apa zaman dulu punya manusia/artis/pilitician punya kehebatan sukar nak dibandingkan dgn hari ni. The key is kejujuran. Zaman sekarang masing2 ada agenda tersendiri. Iklan merata-rata. Bila duit menguasai pikiran, maka kejujuran sudah tidak penting lagi. Nice post!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.