Notes:
Mari kita menterjemahkan makna hidup
Tadi saya bertanya beberapa orang kawan saya yang terlibat dalam perhimpunan ‘bersih’bagaimana keadaan mereka di sana? Feedback dari mereka itulah, mereka sedang berseronok meraikan upacara tersebut. Bermain lari-lari, sorok-sorok dan sebagainya. Seorang lagi kawan saya katanya perhimpunan tersebut memang meriah, sudah menjadi ketagihan jika tidak terlibat. Khabarnya ramai yang kena tangkap. Itulah harga yang perlu dibayar pula untuk tujuan itu.
Saya berkecuali dalam hal-hal politik dan kepentingannya. Pun begitu baik kiri atau kanan mereka tetap kawan juga. Itulah, masing-masing kita berhak memilih apa yang kita mahu dalam hidup ini. Masing-masing dengan pilihan masing-masing.
Cerita politik memang tidak ada sudahnya. Semuanya lebih kurang sama jalan ceritanya. Permainannya memang merumitkan kerana ianya melibatkan hal-hal nafsu dan serakah. Jadi biarlah saya jadi orang kecil sahaja. Orang kecil permainanpun kecil, kehendak pun kecil. Di penghujungnya ke lubang kubur juga tempat kita. Jika besar kehendak, besarlah pula dugaannya. Bukan senang nak melepaskan dunia jika dunia ini kita rasa kita yang punya.
Sehingga hari ini antara golongan yang saya paling suka dan salut adalah golongan ‘pemuzik’. Mereka memang hebat bagi saya. Mereka tidak suka mengumpat atau bercerita tentang hal-hal nafsu serakah dan kehendak yang besar-besar. Mereka hanya bercerita tentang muzik dan falsafahnya. Semakin dalam semakin halus pula ceritanya. Semakin halus, kita aan merasa jiwa kita tenang dan damai. Apa yang kita mahu dalam hidup ini sebenarnya?
Di sekeliling kita ada pelbagai ragam manusia dan ceritanya. Kadang-kadang kita kalah dan tenggelam malah mungkin lemas dengan permainannya. Itulah kalau boleh saya lebih suka duduk di kampung menoreh getah, malangnya kerjaya saya tempatnya di sini. Kita juga perlu sedia maklum apa yang kita inginkan dalam hidup ini bukannya kita boleh dapat selalu.
Apapun syukurlah jalan dan penyelesaian itu selalu ada untuk orang kecil seperti saya.
Goodbye Yellow Brick road- Elton John
lyrics- Bernie Taupin
When are you gonna come down
When are you going to land
I should have stayed on the farm
I should have listened to my old man
You know you can’t hold me forever
I didn’t sign up with you
I’m not a present for your friends to open
This boy’s too young to be singing the blues
So goodbye yellow brick road
Where the dogs of society howl
You can’t plant me in your penthouse
I’m going back to my plough
Back to the howling old owl in the woods
Hunting the horny back toad
Oh I’ve finally decided my future lies
Beyond the yellow brick road
What do you think you’ll do then
I bet that’ll shoot down your plane
It’ll take you a couple of vodka and tonics
To set you on your feet again
Maybe you’ll get a replacement
There’s plenty like me to be found
Mongrels who ain’t got a penny
Sniffing for tidbits like you on the ground














