Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

MEMPRAKTIKALKAN ERTI KESEIMBANGAN

0 comments

Saya pernah membuat persembahan muzik dan nyanyi untuk kanak-kanak berumur 10 tahun sempena majlis harijadinya. Rancangan awal bapanya yang menjemput saya untuk membuat persembahan untuk kawan-kawan bisnisnya. Tapi last minute cancel dan bapanya terpaksa keluar kerana ada urusan kerja. Jadi saya menyanyi dalam keadaan tekanan sebenarnya. Bayangkan terpaksa melayan ciarasa kanak-kanak yang kebanyakan mereka waktu itu sedang demam Gangnam Style.

Sudahnya saya pun terpaksalah melayan dengan menyanyi lagu kanak-kanak dan juga lagu Orang Kampung. Rata-rata kanak-kanak yang kebanyakannya berbangsa Tionghua itu bukannya kenal saya pun. Apapun saya cuba untuk menjadi seorang yang professional di dalam kerjaya.

Apabila kita menjadikan muzik sebagai satu kerjaya untuk cari makan, maka kita perlu mempraktikalkan makna keseimbangan, dan itulah yang cuba saya lakukan.

Apa pun busking atau menyanyi untuk pertunjukan formal dan komersial dan berkarya adalah 2 perkara berbeza. Saya sehingga sekarang sejak dari album pertama sehinggalah ke album baru, Redup kekal dengan idealisma dan konsep dalam berkarya. Yang itu adalah kemahuan jiwa. Saya tidak akan menyanyikan lagu-lagu yang tidak sesuai dengan kehendak jiwa saya, dan itulah yang saya lakukan walau dari segi pulangan tidaklah membawa hasil yang lumayan, tapi sudah itu kemahuan jiwa, apa lagi yang boleh kita persoalkan.

Apa pun ada 2 pilihan, mereka yang tidak kenal karya-karya saya biasanya akan membeli album inggeris, lagu-lagu cover dalam konsep unplugged. Saya rasa itulah perkara yang terbaik yang pernah saya lakukan…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.