Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

MENGAPA GILA SEBELUM DITAKDIRKAN ?

0 comments

Saban hari berbagai jenis manusia yang lalu lalang sewaktu saya nyanyi dan berlagu. Macam-macam style. Dari gaya orang berada sampailah kepada gaya orang tak berduit.

Saya tidak akan menilai dari segi luaran mahu pun dalaman kerana kita kadang-kadang akan tertipu dengan panorama kehidupan. Kerap juga saya salah menduga tentang manusia dan isminya.

Jadi saya cuba redupkan pandangan dengan memandang ke hadapan terus ke dalam diri dan dalam lagi sehingga terasa redupnya hidup ini jika kita menerima setiap detik yang kita lalui itu.

Sering fikiran kita berbicara, kalau rezeki sikit, itu Tuhan tak suka kita. Kalau rezeki banyak, itu Tuhan sayang kita. Kalau anak kita sakit, itu Tuhan benci kita, anak kita sihat dan seronok, itu tanda Tuhan restu…Sebenarnya itu semua hanya andaian dari akal logik kita sahaja. Kehendak akal hanya mahukan yang nombor 1 saja.

Saya sudah melalui macam-macam siri yang biasa dan luar biasa sehingga apa saja tentang Tuhan dan kejadian, apa saja pun boleh…kadang menjangkau akal logik kita jika kita duduk dalam ilmu manusiawi.

Kita ingat hari ini hari sedih kita, rupannya di penghujung Dia berikan kegembiraan kerana sifat kita memang sukakan happy ending. Dan percayalah jika kita selalu rasa Dia ada selalu untuk kita dalam pelbagai bentuk cerita, langkah kita dalam meniti suratan takdir ini memang tidak akan sia-sia. Setiap langkah dan gerak adalah dalam lingkungan rahmat kasih dan sayang.

Saya tidak perlukan cerita dari kayangan dan angan-angan. Saya juga tidak perlukan cerita katun untuk menambah yakin diri pada tahap tertinggi kita dalam menilai. Saya akan tersentuh jika orang gila atau mereka yang telus melintas di hadapan saya kerana mereka bagi saya golongan terpilih yang di bawah lindungan dan lingkungan takdir sepenuhnya.

Akademi Fantasia akan berlangsung lagi. Saya tidak ambil tahu tentang program realiti popular itu. Cuma saya jadi tahu bila anak-anak muda yang bersemangat untuk mencapai bintang datang kepada saya minta pandangan dan nasihat.

Mereka mahu saya tentukan setakat mana mutu nyanyian mereka. Setakat ini ada 2 orang. Yang sorang memang tak boleh menyanyi. Sehabis dia berlagu dalam nada yang tak berapa sampai dan feel kurang, saya katakan kalau nyanyi macam ni confirm juri akan suruh balik rumah je..

Yang sorang lagi lepas, tapi masalahnya cuma tidak tahu nada suara sendiri. Saya tunjukkanlah apa yang saya faham, lepas tu dia pun menyanyilah lagu Melayu..Kian nyanyian Mawi. Ada feel tapi mungkin terlebih. Saya kata kalau nyanyi macam ni, boleh lepas tapi untuk pergi jauh banyak benda yang perlu belajar.

Sudahnya saya fikir kebanyakan budak-budak menyanyi terutama yang datang dari AF bukannya ada feel dan karakter sangat pun. Tak apa lah..kita boleh mengejar impian kita dan tak elok kita bunuh semangat mereka…

Alhamdulillah juga setakat ini jualan album memberangsangkan dan ramai kawan-kawan dan pendengar yang membeli. Terimakasih atas sokongan. Saya tidak punya pilihan selain berterusan mempromosi album baru saya, REDUP.

Sebabnya kita dari cabang indipenden, bukan komersial. Ini jalan yang kita pilih dan kita teruskan selagi ada nafas. Kalau dari cabang komersial mereka tidak akan fikir pasal cara promosi sebab semuanya akan diuruskan.

Mereka letak harga CD rm 29.90 untuk 5 atau 6 lagu. Duit hasil jualan CD itu akan pergi ke syarikat produksi dan pengedar, bukan pada penyanyi sangat. Penyanyi cuma dapat duit banyak kalau laku dan ada banyak show. Itulah bezanya. Itu sebab saya tak minat nak jadi artis rakaman, sebab waktu itu royalti cuma 20 sen untuk sekeping kaset. Terlalu banyak perkara mengarut yang perlu kita ikut, jadi tak apalah..baik pilih jalan kita sendiri.

Mengapa gila sebelum ditakdirkan? Itu dailog dari watak penjual kain dalam cerita Sumpah Orang Minyak.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.