Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Mengapa memilih jalan ini ?

0 comments

Saya tidak ada sebab menarik mengapa saya memilih jalan hidup sebagai ‘Busker’. Ianya proses yang panjang, menguji diri dan belajar makna hidup sambil menanggung keluarga dengan duit busking.

Tidak pernah rasa rendah diri atas apa yang saya lakukan. Diberi tempat untuk bekerja itu peluang dan rezeki anak-anak, tidak lebih dari itu.

Tidak rasa diri bagus bila bernyanyi berlagu kerana lagu-lagu yang dinyanyi adalah lagu-lagu pop semasa, penuh dengan elemen komersial. Cuma ada juga selit lagu-lagu syok sendiri.

Saya akur dengan kehendak majoriti. Masyarakat sukakan lagu-lagu yang mereka suka. Lagu yang mereka suka bukan seperti kita para pemuzik. Jadi kena banyakkan lagu komersial.

Berbeza dengan waktu awal sewaktu memilih jalan sendiri sebagai busker awal tahun 2000 dulu, memang struggle dan waktu itu barulah kita tahu makna hidup yang sebenar. Ianya tidaklah semudah yang kita gambarkan sebenarnya.

Kalau hujan memang masalahlah sebab busking di tempat yang terbuka. rm 2, Rm 5, rm 20 itu pendapatan yang pernah saya dapat sewaktu di awal karier. Pun ada juga rezeki untuk anak-anak. Keputusan wang itu perkara biasa di waktu itu, biasalah…jalan masih bersemak, perlahan-lahan kita teroka sehingga terang lagi bersuluh.

Naik bas, turun bas, dianggap pengemis, dicekup JKM bersama-sama dengan para pengemis di subway KLCC, dicekup IPK seperti penjenayah atas suspek drug addict, bermalam di pudu jail, dihalau oleh seorang pemabuk di sebuah kedai makan di Brickfield, menghiburkan para mafia dan ganster dengan lagu-lagu beatiful sunday, more than i can saya antaranya, dipandang sinis oleh sekeluarga yang nampak sangat islamik di satu meja makan apabila saya menghulurkan topi untuk donatian, mereka seolah memasukkan kepala mereka ke dalam baju seperti kura-kura, melihat saya adalah satu dosa yang besar, mungkin.

Di situ baru saya faham, ugama bukanlah jawapan untuk sebuah subjek kesempurnaan. Ianya hanya asas untuk satu cara hidup yang dicipta manusia itu sendiri melalui peradaban dan hukum-hakam, mungkin sebab itu mereka lebih suka menghukum dari memahami. Untuk lebih faham kita perlu mendalami apa itu kepercayaan dan apa itu kehidupan.

Saya memulakan siri busker sebagai seorang pelajar yang mahu belajar tentang hidup di jalanan. Jalan Alor, Pasar Seni, Brickfield, Bangsar, Jalan Petaling Street…semua sudah saya lalui sebagai seorang pemuzik jalanan.

Digaulkan semuanya, itulah kebahagiaan bagi saya.

Hari ini Tuhan itu sentiasa ada untuk kita. Dulu pun ada juga cuma kita yang ingat-ingat lupa. Hari ini kita semakin memahami makna kehidupan dan bahagia. Saya gembira kerana saya telah melalui banyak perkara yang ringan dan berat sepanjang saya hidup sebagai seorang pemuzik jalanan.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.