Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Mengenang arwah bapak.

0 comments

Selamat hari bapa- Saya pun tak perasan yang hari ni hari bapa. Saya seorang bapa juga. Kawan-kawan saya pun banyak yang dah beranak-pinak. Merekapun bapa juga kepada anak-anak mereka.

Arwah bapak saya meninggal pada tahun 1992. Sewaktu dia meninggal saya bekerja di kilang di Kuala Lumpur. Apabila saya mendapat talipon dari keluarga yang bapak saya sudah menghembuskan nafas akhir di hospital Ipoh, saya bergegas pulang ke kampung.

Jujur saya katakan yang saya tidak sedih sewaktu arwah pergi. Saya cuba untuk bersedih, tapi tidak mampu mengeluarkan airmata. Cuma tanggungjawab saya sebagai seorang anak kepada bapa adalah menghormatinya. Dan saya akui saya memang takut pada arwah bapak saya kerana dia seorang yang sangat garang dan sangat jarang menunjukkan kasih sayangnya kepada saya anaknya. Yang itu membuatkan rasa kasih itu tidak terlalu mendalam mungkin. Apapun saya tetap menghormatinya kerana dia adalah bapak saya.
ta
Saat yang paling bening bagi saya adalah sewaktu arwah bapak saya mahu menunaikan fardhu haji pada tahun 1980. Selepas subuh, dia memanggil saya anaknya masuk ke biliknya. Dia menangis sambil mengucup dahi saya. Itulah kali pertama saya rasa yang saya disayangi. Selainnya saya selalu dimarahi juga, salah satu sebabnya waktu kecil saya ini bengap dan bodoh kot. Ha ha ha

Dan antara moment yang saya tidak boleh lupa adalah sewaktu saya mahu berhijrah ke kota tahun 1984 dulu. Kata-katanya begini,” kamu jangan belajar ilmu sesat”, saya ingat pesannya itu sampai hari ini. Cara memandang mata saya seperti memberi amaran pula. Ha ha ha

Arwah sewaktu mudanya seorang yang hebat dan berilmu tinggi. Orang dulu-dulu biasanya gitulah. Adiknya pernah menceritakan kepada saya sewaktu berjumpa di hari meninggalnya. Sayapun tidak pernah berjumpa dengan adik arwah bapak saya itu. Diceritakannya kepada saya antara kehebatan bapak saya, bila ditumbuknya pokok, habis daun-daun luruh. Itu bila dia tengah marahlah. Ha ha ha
Ternganga saya mendengar cerita adik bapak saya itu.

Arwah juga memang sudah tahu jangka hayatnya. Sebelum dia meninggal, semua hutang-hutang sudah diselesaikannya. Saya sempat melawatnya di hospital Ipoh waktu dia dalam keadaan uzur yang amat.

Tahun 1993 saya sedang gila untuk mendalami ilmu-ilmu ketuhanan. Betullah tekaan arwah bapak saya. Saya tak kata ilmu sesat, tapi itulah..ianya adalah subjek yang subjektif untuk kita tafsirkan juga. Bila saya berbai’ah dengan guru saya waktu itu, dilihatnya muka saya menjadi kekuningan. Cara bai’ahnya saya duduk bersila seperti nabi Adam ditempa, sambil berzikir dengan amalan tertentu. Apapun ianya salah satu cabang dari ilmu Allah juga, bagi sayalah..

Maka dia bertanya kepada saya,” dah mintak izin dari bapak saya ke?”, saya kata bapak saya dah meninggal. Jadi dia kata arwah bapak saya dah ‘protect’ saya. Saya pun bukan faham apapun sangat. Bila dia kata begitu, saya pun teringat pesan bapak saya tahun 1984 dulu,” kamu jangan belajar ilmu sesat!”, ha ha ha

Arwah meninggal tahun 1992, saya kehilangannnya. Saya percaya arwah sedang tenang di sana, dikalangan mereka yang beriman dan dilindungi selalu. Al-fatihah untuk allahyarham Meor Hassan Meor Alang yang telah meninggal dunia pada tahun 1992.

Muzik- mari kita dengar fav band saya ‘ Lovehunters. 3 piece band. Paling mantap terutama bila mereka bikin lagu Led-zep. Ha ha ha
Saya mula-mula dengar album diorang ni waktu di kampung dulu waktu band ni release 1st album diorang..’Sehari dalam hidup’

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.