Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

MENJENGUK SEMALAM

0 comments

Sewaktu saya di zaman persekolahan dulu, waktu itu selepas habis exam akhir tahun tingkatan 4, saya selalu melepak dengan kawan-kawan sebaya di kawasan rumah rumah teres kos rendah di tempat kelahiran saya, Bruas, Perak sana. Ada seorang senior saya yang kami panggil dia Yob, memang rockers brader ni. Saya memang respek habislah sebab Yob ni sudah tinggal di Ipoh, jadi sekali-sekala dia balik ke Bruas. Apa yang menarik tentang Yob ni, imejnya sebagai rockers yang rugged. Ipoh waktu itu pusat muzik yang paling ‘happening’. Jadi Yob ni banyaklah dia tahu pasal muzik rock dan yang sewaktu dengannya. Dia juga tempat saya bertanya tentang hal-hal muzik dan band-band rock barat terutamanya. Kadang-kadang bila dia balik Bruas dibawanya video rock kumpulan Balck Sabbath, Ozzy Osbourne, Paul Mc’Cartney and Wings dan banyak lagilah. Dan sama-sama kami akan menonton persembahan video itu di rumah seorang kawan yang punya video player. Waktu itu hanya golongan yang mampulah yang dapat memiliki video player.

Seperkara sebenarnya saya teringat akan lagu pop 80an dari kumpulan ‘Kalibers’. Si Yob ni sewaktu kami melepak, dia menyanyikan lagu tersebut dan ianya berkesan di hati saya, bukan sebab nyanyiannya sedap tapi karakter ‘cool’nya sewaktu menyanyikan lagu itu. Ha ha ha
Yob ni dia tua 3 tahun dari saya sebenarnya. Walaupun giginya banyak yang rosak, tapi dia pandai bergaya. Sayang usianya tidak lama, mungkin dalam usia 30an saya rasa, dia telah meninggal dunia.

Saya masih suka menyanyikan lagu-lagu 70an dan 80an sewaktu busking atau jika ada function di mana-mana. Pertamanya kerana ianya msaih disukai ramai orang dan ‘evergreen’. Lagu-lagu baru ni sedapnya sekejap sahaja dan ianya bagi saya hanya sekadar musim. Bila ber’busking’selalunya saya menyanyikan lagu-lagu yang disukai orang ramai je, biasanyalah..Setiap lagu yang kita nyanyikan kadang-kadang ianya akan membawa kenangan pada orang yang mendengar, mungkin mereka membesar dengan lagu yang kita nyanyikan itu. Minggu lepas seorang kakak dengan anaknya menangis bila saya menyanyikan lagu orang putih, ‘leaving on a jet plane’ nyanyian John Denver. Lagu itu lagu lama. Kakak itu sebelumnya berdiri di satu sudut dari jarak 10 meter, kemudian bila habis saya nyanyikan lagu itu,dia datang kepada saya dan mintak saya nyanyikan lagi sekali. Saya rasa lagu itu begitu berkesan di jiwanya, sehinggakan sedih sangat dia saya tengok. Sama juga bila saya teringat akan lagu ‘kalaulah’ nyanyian kumpulan Kalibers ni. Lirik lagu pun bagus dan saya suka melodi dan senikatanya.

Banyak kawan-kawan saya sudah meninggal dunia, yang jauh mahupun dekat. Waktu juga semakin cepat berlalu. Kita ni tak tahu lagi macamana kesudahannya…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.