Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Menulis tentang politik dan agama?

0 comments

Ada kawan tanya kenapa saya tidak menulis tentang politik. Saya kata itu bukan bidang saya. Macamana saya nak tulis, membaca berita tentang dunia politik tanahair pun saya dah pening. Ha ha ha..

Tentang agama? Itu bagilah kepada yang lebih arif tentang hukum hakam agama dan peradaban. Saya ni bersembang di tepi jalan pun tak apa, tak ada hal.

Seorang kawan saya dia sukakan subjek yang sederhana. Dia suka duduk dalam dunia marhennya. Bergaul pun di kalangan mereka yang setaraf dengannya. Tidak tinggi dan tidak rendah, sama rata, walau berbeza rasa, namun masih boleh bergelak ketawa riang ria hari-hari..he he

Elok kalau kita berjumpa bercerita, elakkan cerita tentang politik, sebab ceritanya tidak akan ada penyelesaian bahkan menambahkan sarat beban di jiwa kita. Dari kita bercerita tentang politik lebih baik kita bercerita tentang hal anak-anak, hal-hal hidup, hal-hal mati, hal muzik, hal-hal Tuhan, itu lebih berfaedah.

Saya dalam umur yang begini sebolehnya saya tak nak lagi pening-pening kepala tentang hal-hal luaran yang kalau kita layan akan buat kita tersesat, buat apa kita layan? Untuk apa kita kusut-masaikan lagi fikiran kita dengan cerita yang tidak kesampaian maksudnya?

Itulah, lebih baik saya melihat dunia ini dari sudut yang paling fleksibel, cuba memahami manusia dalam kontek duniawi mahupun ukhrawinya.

Kita tidak akan dapat menyelesaikan semua masalah hidup manusia. Kita boleh berkongsi cerita dan kita perlu sedia maklum yang bukan semua cerita itu mampu buat kita tersenyum bahagia atau puas.

Yang paling penting? Di sini ada nafas, bernafaslah dengan had laju yang telah diperuntukkan sesuai dengan level dan kefahaman kita sebagai manusia.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.