Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Menyusuri semalam yang nostalgik

0 comments

Semalam isteri saya kata perut saya dah boroi balik, ha ha ha..Itulah, dah lama saya tak busking dan aktif dalam dunia busking. Dulu sewaktu saya kerja dan bermastautin di Ipoh pun perut saya boroi juga..haha..Masaalahnya kaki saya agak tidak kuat lagi untuk berdiri dalam tempoh yang lama. Bila busking, kita boleh control berat badan..

Sewaktu saya aktif busking di Pasar Seni pada tahun 2004 dulu, ada seorang brader yang sering menonton persembahan busking saya dan kawan-kawan.

Saban petang dia selalu melepak dan akhirnya barulah saya tahu yang dia juga bekas seorang busker suatu masa dulu. Dia busking di Pulau Pinang dan pernah merantau ke luar negara untuk menimba pengalaman busking di sana. Kawan saya ni namanya Bahri, lama kelamaan kami selalu melepak selepas saya busking. Dia pernah busking di Kazakhtan. Selepas beberapa lama busking dia pun bersara dari dunia busking.

Sudah lama saya tidak bertemu kawan saya itu. Dia sudah berjaya sebagai seorang ahli perniagaan waktu saya kenal dia.

Saya sebenarnya tidak berani mengambil keputusan yang drastik dalam hidup. Pernah saya diajak kawan untuk merantau ke luar negara, tapi itulah. Masaalah komitmen dan keluarga membuat saya terpaksa melupakan ajakan kawan-kawan. Dulu waktu bujang tak ada pulak peluang yang seperti itu.

Seperkara, saya busking 70% ikut kepala saya je. Maknanya saya nyanyi apa yang saya rasa sedap. Maknanya juga, saya bukanlah seorang penghibur. Saya seorang yang moody. Semuanya bergantung kepada mood saya. Ada suatu hari tu seorang brader berbangsa India meminta saya menyanyikan lagu’ hingga akhir nanti’, jadi saya pun nyanyilah. Bila selesai menyanyi, dia hulurkan rm 10 sebagai tanda penghargaan, jadi mood saya pun jadi best pulak.ha ha ha..Makanya pada hari itu, saya pun menyanyilah lagu-lagu melayu je sepanjang hari.

Bila tiba mood saya yang tak best pulak memang tak bestlah, ha ha ha. Apa je yang saya nyanyi rasa tak sedap. Ada seorang brader juga berbangsa India asyik melayan saya berlagu. Dimintanya saya menyanyikan lagu Eddie Rabbit dan macam macam lagilah. Saya pun menyanyilah. Waktu itu mood saya memang macam palat sikit, jadi walau dia kata saya very talented, pun saya rasa tak best.ha ha ha

Selalu juga sewaktu saya busking di KL Sentral, saya di offer untuk bermain di hotel itulah, hotel inilah..macam-macam, tapi saya katakan masaalah utama saya adalah komitmen. Ada waktu-waktu untuk diri saya sendiri, atau kita punya quality of life. Bila kita jadikan muzik sebagai satu kerjaya, bermain di hotel atau pub contohnya, ianya sudah menjadi kerja yang rutin dan biasanya saya akan cepat fed-up kalau jadi begitu.

Kalau busking setiap hari pun jemu juga. Itu pernah saya lalui sewaktu busking secara full-time dulu. Memang bosanlah, kita terpaksa keluar rumah tengah hari. Petang busking di Pasar Seni, malam di Jalan Alor atau Brickfiled. Bilamana itu yang kita lakukan hari-hari, memang boring juga sebab benda itu sudah menjadi suatu beban dan tanggungjawab. Tapi bila kita kata tanggungjawab, kena buatlah juga, kalau tak buat anak bini kat rumah nak makan apa?

Jadi yang paling adil, we just enjoy the moment.. Kalau tak kita akan tension..ha ha ha

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.