Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

MIMPI INDAH BOLLYWOOD DAN HOLLYWOOD

0 comments

Bollywood adalah dunia hebat milik pengkarya muzik dan filem yang berjaya mencipta dan menterjemahkan makna angan-angan dan syurga dalam pemikiran masyarakat dunia timur dan barat. Yang indah itu para hero dan heroinnya, cerita-cerita kayangan yang penuh dengan unsur-unsur kasta dan darjat antara miskin dan kaya, maka khayallah kita diulit mimpi indah selama tiga jam untuk setiap tempoh filem yang ditayangkan. Dalam tempoh itu kita akan dibawa ke alam angan-angan yang melekakan dengan topik cerita stereotype yang boleh di agak pangkal dan hujungnya. Tidak hairanlah masyarakat di sana miskin dan melarat belaka kerana mereka telah dididik bagaimana untuk melarikan diri dari dunia nyata ciptaan Bollywood. Cerita-cerita tentang syurga segalanya mesti indah belaka, mesti happy ending..kalau ending tak best, panggung wayang akan dibakar oleh para peminat yang ekstrim. Ha ha ha

Cuma seperkara yang saya sangat kagum tentang Bollywood adalah pengaruh lagu di tahun 60an dan 70an era komposer hebat Rahul Dev Burman(1939-1994) dan beberapa nama lagi. Di waktu era beliau banyak penyanyi-penyanyi hebat legenda diketengahkan seperti Mohd Rafi, Kishore Kumar, Asha Boyle(isterinya), Mukesh dan Lata Mageshkar. Saya sangat kagum dengan melodi-melodi indah yang dicipta waktu itu sehingga bagi saya jika dibandingkan dengan mana-mana irama di hollywood jika kita maksudkan dengan muzik-muzik yang romantik, Bollywood lebih hebat sehinggalah era digital dan disco seperti komposer disco Bappi Lahiri mucul menenggelamkan karya hebat Rahul Dev Burman.

Sememangnya di sana orang seni di pandang sangat tinggi oleh masyarakat sehingga dianggap dewa, satu level yang paling tinggi melebih darjat seorang menteri atau ahli politik. Tidak hairanlah M.G.R berjaya dari seorang bintang filem sehinggalah diangkat sebagai menteri yang bertaraf jutawan.

Dunia menterjemahkan makna syurga dan neraka, orang baik dan orang jahat, kaya dan miskin dalam bentuk faham yang hanya berlegar di ruang pemikiran yang terbatas, maka berlumba-lumbalah kita untuk merealisasikan makna yang sudah di standardkan untuk kita mencapainya. Malangnya penyucian jiwa itu amat kurang ditekankah. Itu sebabnya walaupun kita berlumba-lumba untuk menunaikan ibadat di tanah suci, membuat kebaikan untuk mendapatkan ganjaranNya, jiwa kita masih miskin dengan nilai-nilai dalaman yang penuh dengan karat dan daki duniawi. Kita menjadi manusia yang tamak, penuh hasad, miskin jiwa kerana kita tidak fokus pada tuntutan dan isi cerita yang sebenarnya. Kita guna formula baik buruk yang kita mudah faham walau ianya mimpi yang tak sampai dan penuh dengan angan-angan maka kita adalah milik Bollywood dan Hollywood dulu, kini dan selamanya. Ha ha ha

movie: Yaadon Ki Baraat (1973)
singers: Kishore Kumar & Asha Bhosle
md: R D Burman

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.