Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

MIMPI SIANG..

2 comments

Kita akan handle bahagian kesenian,biar aku tentukan dimana duduk para Artis –artis yang dulu,kini dan selamanya dikatakan hebat itu,atau budak-budak AF atau segala macam yang datangnya dari program real..li’t..Yang artis itu,tak payahlah nak cerita pasal hidup-hidup mewah dan glamer,siapa pun kamu hanya tahapnya seorang manusia saja,yang taunya melalak-lalak macam tin kosong …yang bodoh mungkinlah suka cerita pasal emas dan permata,harta segudang,atau apa saja yang berintikan nafsu..Cuma yang agak matang dan berfikir panjang aku tak fikir gitu.Ginilah,untuk sebulan kursus kesenian contohnya..Kumpulkan para-para artis itu,tempatkan mereka dalam reban ayam yang luasnya setengah hektar..dikawasan ladang kelapa sawit.Pagi-pagi tolong orang kampong menyapu sampah dihalaman,atau belajar menorah getah atau bekerja diladang kelapa sawit..Disebelah petangnya..turunlah semuanya..kepasar seni,tengok pengamen mengamen diPasar Seni..Selepas seminggu menjadi penonton..Yang artis-artis ini mesti mencari tempat-tempat untuk busking,Dijalan Alor contohnya,atau dijalan Pudu..atau di Brickfield..ataupun diKampung Baru..ada banyak tempat..Kita tak perlukan siaran TV yang makin melingkup dan membiulkan otak kamu.Mentol angan-angan akan dimalapkan..Jadinya kamu-kamu diingat akan selalu sedar tentang asal usul kamu ..
Untuk kertas kerja..setiap artis diwajibkan untuk bikin proposal perlesenan di DBKL..lesen untuk jadi Busker…Itu yang utama..Sebab siaran TV dah tak ada,apatah lagi suratkhabar propaganda,yang ada suratkhabar lama..ekonomi merudum..Yang para-para Busker dulu semua dah naik pangkat..Pun masih Busking juga,ada gaji..dibawah kementerian..Oppss..DBKL dah ada sedikit kemajuan dari segi pemikiran..sebab mereka bukan lagi mesin yang boleh disuruh itu ini..Dan untuk busking,sudah diperkenalkan lessen,sama tarafnya dengan negara-negara maju…he he..
Dan lepas habis Busking,lepak kat kedai mamak..La ni kedai mamak penuh dengan ulamak yang merakyat…Ulamak dah tak sekadar duduk kat masjid berceramah dengan microphone tentang syorga dan neraka,dosa dan pahala je..Ulamak hari ini,dok melepak dan bersembang-sembang dengan otai-otai lama kat CM tu..semuanya tekun ambik nota dan belajar tentang hidup dan mati..sebab kiamat dah dekat..Semuanya sedang mempraktikalkan makna kasih-sayang antara sesama manusia..Semuanya sedang memahami makna hidup sebenar…Sebab dalam lagu prahara..Fals…’dihadapanmu aku tak bisa berdusta,mencintaimu adalah mencintai hidup’…Dan seminggu sekali juga ustaz Wak Jono akan bagi kuliah untuk subjek khusus..Keabadian dan raikan hidup’.

Selepas maghrib..semua para artis akan balik kereban ayam yang seluas setengah hektar itu..selepas makan malam tahap orang-orang marhaen..telur goreng,ikan masin,lebih kurang je..Lepas makan digalakkan para artis berhening..tengok bulan,malam,bercakap dengan alam..pokok,unggas,nyamuk,burung,kalau ada jumpa babi hutan..say ‘hi,how are you?…hehe….Gitulah…mesra alam selalu…..
Lampu letrik tak ada beb…pakai lampu pelita minyak tanah je..Macam Nasir tu boleh le bagi dia pakai ubat nyamuk cap fumakila..ok le kot…yang lain-lain tu..tak payah pakai ubat nyamuk pun tak pa..bakar je sabut kelapa…Itu lebih real..hahaha…dah dia plastik,nak buat macamana lagi?

Malam..ngantuk?Tidor…jangan dok berangan…ha ha ha…

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. makan bubur jagung hari2..macam wak jono

  2. Artis2 realiti TV, perkataan inggeris, perkataan penjajah. Kalau nak dibahasa melayukan wa pun tak tau macamanana… ‘penghibur nyata kaca tonton’ kot.

    Bagi wa dia orang ni ibarat lalang dan yang juara tu, kira macam lalang yang berbunga la. Lalang selalunya orang bakar beb..secara mudahnya, dan bagi yang nak membunuhnya betul2 macam kita ni, kena dicabut hingga ke akar umbinya atau diracun dengan round-up bercampur diesel. Baru la lalang ni mampus.

    Tapi nak meracun tu bukan sesuatu yang mudah.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.