Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

MUSIK..APA SEBENARNYA?

15 comments

Apabila kita memperkatakan tentang musik dan nilai kecintaannya,tidaklah dapat kita menafikan ianya penting juga..khususnya dalam kehidupan kita sehari-hari.Musik dari segi saintifiknya boleh meredakan ketegangan otak kita,kasi kita relaks..juga tempat untuk kita ekspress perasaaaan  marah kita..Jadi bila kita dengar musik yang bising dan metal  semetalnya atau musik punk,sambil kita melompat-lompat..disamping exercise,kita akan berasa lega sebab tenaga amarah itu kita lepaskan dalam irama-irama yang bingit itu.Gua ok beb..Dulu gua pernah nyaris tak terbabas dalam semak masa bawak kereta,sebabnya asyik sangat layan lagu Kitaro,tajuknya pun ’straight away to orion’..Ha ha ha…Atau macam nak bawak laju je bila layan lagu-lagu dalam album Pink flyod,Animals..Atau merasa tenang dan damai bila mendengar album Cat Steven..Mona Bone Jakon atau Numbers..favourite lagu gua,Movim Nightmare’s..he heh..
Pada gua,musik sebahagian dari hidup gua,gua sudah tidak heran itu penyanyi kepala botak ka,handsome ka,ada berahi ka,kalau lagu-lagu dia boleh kasi gua relaks dan kena dengan taste gua,gua layan beb..Kalau dia setakat penyanyi yang melalak,itu pada gua tak cukup syarat la..tak kiralah dia bintang kejora atau bulan purnama..ha ha ha..im not into it..Lagu-lagu pun tak banyak yang bagus dari segi lirik dan senikatanya..Bayangkan di Malaysia ni sejak stesen radio mula beroperasi lama dulu..kebanyakan semua stesen radio lagu mendendangkan lagu-lagu cinta..Letih yob..hehe..Kalau adapun yang patriotik ianya terlalu propaganda dan terlalu sempurna..sampai gua menyampah nak dengar..Gombloh,legenda tersohor Indonesia pun patriotik juga beb!!Tapi lagu-lagu nya penuh semangat sebagaimana lu baca sajak-sajak Chairil atau Sutardji..Dan musiknya progresif,kena dengan tema lagu..Ini lagu dah la meleleh atau rentak march yang statik..tak kena langsung dengan jiwa yang lara..ha ha ha..Cuma gua suka musik-musik lama 50an,60an dan 70an..lirik-liriknya gua anggap lawak jenaka je..sebab gua suka yang raw,rakaman yang raw,sekali jalan..Siap!!
Artis-artis baru yang Indie pun tak banyak yang menarik..mostly lirik pasal cinta remaja yang sangat simple ..Tak sama macam gua dengar Joni Mitchell,atau Kate Bush.Ini lirik pasal gua tunggu lu kat bas stesen la,jangan lupa kita nak dating la..Nak ho ha   je,macamana anak muda nak maju dan bervisi ini macam?Ha ha ha..Buat lah lirik pasal nak bunuh diri ka,bosan dengan sistem hidup yang statik ka,tak percaya ugama ka,baru lah real…Ha ha ha….Semuanya nak hensem ja..letih yob..letih…

Gua paham kalau lu cakap musik itu perlukan keseimbangan.Luaran mahupun dalaman..Itu bergantung pada kefahaman lu dalam menilai musik..Kadang-kadang orang suka tengok apa yang dipakai sang artis,pakai rantai,cermin matanya,kot yang mahal,cincinnya,giginya yang putih..atau teteknya yang boleh buat lu berahi,atau kalau pakai tudungpun dia pakai contact lanse?Itu untuk apa tu?Mata dah elok coklat dikasi Tuhan mahu diubah-ubah..lagi la menambah berahi lelaki yang melihat..Ha  ha ha..
Atau musik nasyid yang rentak nya macam joget..Gua bila dengar lagu nasyid rasa macam nak berjoget..Sebab musiknya dah la programming,rythm dan beatnya diprogram..Upbeat rentaknya..Tu buat gua nak berjoget-joget bila dengar lagu nasyid tu..Ketuhanan dan keugamaan apa lagu yang macam ni?Setakat nak dengar senikata memuji Tuhan tu,gua dari kecik dah tau dan sedang mempraktikkan segala hal dan perihal keugamaan ni,atau baik gua baca kitab-kitab keugamaan atau falsafah,yang nyata lebih mendamaikan jiwa gua,dari dengar senikata lagu yang semuanya macam sama,ni masa umur belum akhil baligh boleh la layan beb,hehe..Lu tak percaya?Tu semua lagu nasyid pakai sampler beb..semuanya mesin..Gua tau le sebab gua kerja di Yamaha  Music 8 tahun,jual dan tolong demontrate macamana nak guna benda alah tu pada Programmer atau produser..At the end,semuanya mengenai bisnis dan apacara sekalipun  asal ianya mendatangkan wang,jalan..hehe..
Lagu nasyid yang paling baik..lagu orang mengaji..tak ada musik..thats the best bro..pure..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. brader,

    pertama, saya rasa kita ni sekepala, cuma belum kenal lg..haha..kebetulan seminggu dua ni saya layan Gombloh. tu pasal rasa nak tulis komentar sikit. hail Gombloh!

    cakap pasal musik, saya yang lahir di era 80-an rasa musik zaman sekarang tak capai tahap musik 70/80-an. kalau ada pun, payah nak jumpa. terus terang, saya tiap2 hari dengar musik 70/80-an, be it punk, post punk, metal, hard rock, folk, pop or whatever…

    sebab saya tak enjoy pun dengar musik skrg yang banyak entah apa2, baik indie atau mainstream sama je. mana yg nak nampak progresif sikit je, mesti nak bubuh bunyi dari mesin, pilih je la nak bunyi apa, tekan, tuttt…siap. apahal?! jadinya kulit nampak la beropol-ropol, tp intinya hampas..haha. itu tak baca lg lirik dia tu yg kebanyakannya ‘kosong.’

    seni yg bagus tetap b’sifat ‘timeless.’ TQ:)

  2. nasyid bikin gua tertidur..yelah guna sampler haha! tak macam nasyid nadamurni Al Arqam 70-80an, tak yah alat muzik pun sedap..ada passion! Tak yah glamer..nasyid sekarang pun takde idea baru.dok cedok yg lama tulah, diberi nafas baru..nafas bau petai..kih kih!

    semua kumpulan nasyid mesti ada salawat, asma ul husna ke..yang macam tu..atau lagu ajak sembahyang ke dan yg macam gitu2 je…
    sampai bile dab itu aje ke dalam berdakwah?

    cubalah bereksperimen sikit..ilusi yang hebat seperti lirik andai aku juga salah seorang yg menyertai perang badar ke, atau bongkar apa rahsia Musa membelah laut ke..dari perspektif berbeza tetapi penuh keilmuan..

    hihi sori bro, gua gebang pasal nasyid lak..

  3. dewa:ya bro…nanti ada masa boeh kita jumpa,,,sembang2 sabil minum teh atau kopi..he heh

    kulup sakah:ha haa ha…nada murni dulu bagus,masa gua darjah 4 pun ada dgr itu al jawaher,el suraya medan,pun enak didengar..ada kejujuran,sebab tak ada kepentingan sangat..yang era hairan dan selepas tu,mesin bro..plastik!!yg penting duit..duit dan duit,ada duit boleh berbini dua,tiga..ha ha ha…

  4. jati malaya says:

    salam, wa rasa kalau nak cerita pasal perang badar ke, kapal nabi noh ker, dalam folk pun boleh bikin. Betul meor? Lebih mendalam sentuhannya.

    Sekarang tak rami komposer, banyak yang nak melalak dan terkinja-kinja aje. Nak jadi super star, bila tak terpilih, nangis ramai-ramai konon mengiring kesedihan kutu yang usung beg keluar tu.

    P Ramlee dulu tak pernah pun tunjuk macamana dia belajar menyanyi ke, main musik ke, tak tidur nak buat lagu ke,tapi dia jadi lagenda.

    Para Lahanat tu semua meraih keuntungan saja, bukan memartabat mutu seni itu sendiri. SMS anak-anak malaysia yang bangang tu la yang menjana kekayaan syarikat ‘kabel’ lahanat tersebut.

    Nampaknya, segelintir sahaja anak malaya yang benar-benar sanggup berjuang untuk seni. Kerana kita sahaja yang nampak betapa seni di Malaya yang tercinta ni di kambus beramai-ramai oleh anak muda bangang yang dididik oleh mak bapak yang bengong.

  5. sheikh,
    wa tak faham kenapa kumpulan nasyid ni pakaian nya semua satu stail, baju mandarin collar kilat2, kopiah ala ‘Raihan’ dsb..

    wa rasa banyak yang cashing in on the current trend, tu aje hahah…there is money to be made sheikh.. religion sells.

  6. jati malaya:itu maknanya kita terlalu dijajah dgn elemen kapitalis,sampaikan nak bernasyid dan berdakwah pun nak kaut untung sebanyak mungkin.Senang sangat nak beli jiwa melayu ni bro,lu buat album nasyid,kumpul muka 4 orang pemuda atau pemudi..buat lagu puji tuhan sana sini,senyum selalu,pakai songkok dan baju melayu atau kalau nak advance pakai macam hijaz..haha..jalan,gerenti 10,000 copy laku…hehe

  7. sham:ya bro,that is rite..keseragaman itu menunjukkan pengaruh mesin dan program..budak2 nasyid itu diprogram mengikut acuan yg dikehendaki produser yg mana tokey syarikatnya bangsa asing,kasi budget pada produser,buat album qualiti lebih kurang,dan orang islam pun beli sebab nanti dengar lagu nasyid boleh dapat pahala..hehe

  8. JATI MALAYA,
    betui apa lu cakap tu, dlm folk pon bole bikin lagu2 pasal perang badar ke..hapa ke..malah lebih dlm lagi.

    aku tertunggu2 nasyid menampilkan karya dan lirik yg agung..
    setakat ini mereka gagal menyaingi Andalusia karya Loloq (kita cerita mainstream), Tetamu Senja (A. Samad Said dinyanyikan Kopratasa),…
    nak tak nak depa beri nafas baru yg lebih hapak terhadap lagu Ebiet (berita kepada kawan), Kembara di tanah Gersang, Selimut Putih, Assalamualaikum,

    Woi bikin barulahh baik punyee!!

  9. ..dulu punya nasyid memang betul berdakwah dengar je lah “Selimut Putih” El Suraya..meremang bulu roma mendegarnya..tu pasal jugak lah Tok Rahmat kasi haram dalam radio..dia pun takut..eh bro lu ingat tak masa El Suraya perform ka Beruas dulu?

  10. wan,gua tak ingat dah bro..hahaa..thn 75 gua dah pindah kg dendang,yg gua ingat masa berkhatan 79 arwah bapak psang lagu naasyid kaset el suraya medan..hehe

  11. Selimut putih pernah di haramkan di msia,pembesar negara takut mati..ha..ha..bodoh betul.

    Kmpulan nasyid leleh pakai baju liplap2 kat genting higland…koh..koh..koh

  12. jati malaya says:

    salam, bila Izrael datang memanggil…. itulah piring yang diulang putar oleh arwah bapak gua masa kecik2 dulu. Agaknya kalau meor buat lagu alam kubur mungkin kena gam gak kot?
    Amacam meor kalau buat huraian dari terjemahan ayat kursi, wa rasa ada baiknya juga. Kalau tak, orang cuma hafal ayat tu aje, tapi tak tau makna. Wa yakin lu lebih arif menghuraikannya ikut cara lu.

  13. ya,nanti kita akan buat lagu2 nasyid..yang real,yg tak hensem..yang tak plastik…hehe

  14. lagu nasyid yg bakal tidak di putarkan di corong2 radio malaya..ha..ha..

  15. Try lu all masuk sini, baru lu tahu……

    http://xyradioonline.blogspot.com. Anda juga mampu mendengar perbagai pilihan Station Radio sama ada dalam Malaysia, Indonesia mahu pun Bollywood secara online dan percuma. Anda tidak perlu risau dengan bayaran atau pendaftaran. Di situ adalah percuma. Semoga terhibur. Selain itu Radio Fly.FM dan Hot.Fm juga mampu didengar. Ikhlas dari XYNAPSTER.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.