Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Muzik dan pegangan

0 comments

Dunia saya adalah muzik dan saya menyukainya. Satu hal yang paling penting bila sesuatu itu kita lakukan dengan cinta, ianya adalah kebahagiaan yang nyata. Saya suka berkawan dengan sesiapa yang menyintai muzik juga yang tidak mencintainya. Cuma muzik itu lebih menyatu dan mengeratkan kerana di dalamnya adalah cerita-cerita mengenai irama dan alunan
rasa sanubari. Ianya universal. Siapa saja boleh menyukainya, milik mutlak siapa saja jika itu yang mereka mahu.

Ada yang berpendapat muzik itu haram kerana ianya melalaikan. Bagi saya ianya bergantung kepada nawaitu kita sendiri. Hal yang mudah jangan kita rumitkan.

Inilah perkara yang saya tahu buat dan saya bahagia tinggal di dalamnya.

Saya pernah mewakili sekolah sebagai pemain bolasepak. Saya main bola tak pakai otak sangat, saya guna lutut. Sebabnya saya bukan pemain bola. Saya berusaha keras untuk menjadi pemain bola sekolah kerana kawan-kawan rapat saya semuanya pemain bola yang mewakili sekolah. apa pun saya sukakan sukan bolasepak. Cuma saya tak ada bakat sangat, yang itu saya terpaksa akui.

Selepas 25 tahun, kawan saya mengajak saya bermain bola futsal dan dia tanya samada saya ini pandai main bola ke? Saya katakan kepadanya yang saya adalah pemain bola yang mewakili sekolah pada 25 tahun lepas. Apabila bermain selama 5 minit, saya terus pitam dan langsung tidak dapat bermain. Akhirnya kata-kata saya itu menjadi bahan jenaka kawan saya itu. Ha ha ha

Dalam muzik ada 2 hala ataupun jalan. Kiri atau kanan. Kita andaikan itu sebagai idealisma kita. Atau kita andaikan seperti Ibrahim yang punya anak Ismail dan Ishak. Yang Ismail itu jalannya kita kata kanan. Manakala Ishak itu kiri. Dari Ishak sehinggalah lahirnya Black jew sehingga ke Bob Marley dan yang sewaktu dengannya.

Kita andaikan juga di dalam agama dan pegangan. Adanya syariat dan hakikat. Perjalanan syariat itu penuh dengan tatatertib dan peradaban demi menyesuaikan antara sesama kita umat islam. Yang kita katakan hakikat itu agak tidak terbatas, melepasi hukum akal kerana kita diajar untuk mengenal ‘rasa’. Selebihnya bergantung kepada kefahaman kita sendiri.. Tidak hairanlah ramai yang agak tersasar dari landasan hidup dan kenyataan.

Apapun setiap kita punya cerita dan takdir, yang itu kita perlu hormatlah. Selainnya wallahualam. Saya tidak akan menghukum setiap kejadian alam ini, yang baik mahupun buruk kerana saya hanyalah sebahagian dari ceritanya sahaja. Saya bukan pencipta.

Apabila saya menoleh ke belakang, sejak 1982 saat saya mula belajar memetik gitar dan bernyanyi sehinggalah hari ini, memang terlalu banyak cerita dan peristiwa yang saya katakan ‘warna warni alam’ yang memenuhi diari hidup saya. Adakah saya mengejar ‘materi’ selama niat saya menjadi seorang pemuzik? Malangnya itu tidak pernah terjadi atau lahir dari jiwa saya. Itulah malangnya. Ha ha ha..Bukankah lebih baik saya menjadikan seorang M.Daud Kilau( Datuk) atau Hail Amir sebagai idola, bukan Bob Dylan, Gombloh, Fals dll yang sewaktu dengannya? Ha ha ha…

Saya boleh katakan album terbaik saya sehingga kini adalah ‘ itu padang…aku di situ yang diterbitkan pada tahun 2003. Banyak sebab. pertamanya album itu di rakamkan selama 5 jam. Ke dua kerana itu musim terbaik saya sebagai seorang singer/songwritter. Saya lakukan dalam kepentingan yang sangat minimal. Saya tidak pernah angkat pot samada album itu akan disukai mahupun tidak. Jadi saya hanya bereksperimen dengan genre dan acuan yang saya miliki. Saya percaya apabila sesuatu itu kita lakukan tanpa kepentingan yang besar, ianya akan menghasilkan kepuasan dari segi bahagia jiwa. Inti cerita pula saya lepaskan sehingga ke langit sana, seperti burung yang terbang sambil menceritakan panorama alam, matahari dan bulan dalam visi yang surreal.

Hari ini? Baru siang tadi saya mendapat tawaran untuk bermain muzik di luar negara selama beberapa bulan. Peluang yang menjanjikan pulangan dari segi ringgit yang sangat mencukupi untuk satu tempoh jika saya menerima tawaran itu. Entahlah, selalunya saya akan lepaskan atas dasar komitmen itu dan ini. Sebelum ini banyak peluang yang datang saya lepaskan atas alasan komitmen itu dan ini dan ini juga. Peluang banyak datang dalam hidup saya sebenarnya, banyak pula yang saya hampakan atau gagal atapun tersangkut.

Bermula tahun 94 sewaktu menjadi artis rakaman Luncai Emas, menjadi busker, mendapat ruang dan peluang untuk lebih menonjolkan diri ke arena mainstream yang bagi saya hanya menjanjikan angan-angan, glamour, pura-pura dan plastik, maka itu saya mengambil keputusan untuk memilih apa yang saya suka mahu buat, bukan apa yang mereka mahu saya buat apa yang mereka mahu. Jadi itulah, ha ha ha

Hidup ini memang real bro! Ha ha ha

If I cried out loud
Over sorrows I’ve known
And the secrets I’ve heard
It would ease my mind
Someone sharing the load
But I won’t breathe a word

CHORUS
We’re two of a kind
Silence and I
We need a chance to talk things over
Two of a kind
Silence and I
We’ll find a way to work it out

When the children laughed
I was always afraid
Of the smile of the clown
So I close my eyes
Till I can’t see the light
And I hide from the sound

CHORUS

I can hear the cry
Of a leaf on a tree
As it falls to the ground
I can hear the call
Of an echoing voice
And there’s no one around

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.