Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Muzik dan perjalanan

0 comments

Tadi siang saya ke RTM bersama seorang kawan, menguruskan hal-hal muzik dan khazanahnya. Hujan pulak lebat. Petir sabung menyabung. Lebat sungguh hujan hari ini.

Selepas segala urusan selesai, kami pun minum di kantin RTM. Nak balik memang tak boleh, tersangkut di dalam hujan.

Bersembang pula dengan seorang brader yang usianya lebih kurang saya juga. Dia bekerja di RTM dalam bidang kerja yang berkaitan dengan note muzik, translation, orkestra dan sebagainya.

Seperkara bila saya bersembang dengan brader ni, dia seorang yang mudah mesra. Mungkin topik kami hanya muzik yang dalam-dalam. Ha ha ha

Seperkara juga dia seorang yang major dalam bidangnya, klasikal. Dari gayanya bercerita saya tahu dia seorang yang arif dalam dunia klasikalnya.

Dan yang lebih penting kerendahan hatinya bila kita berbicara tentang muzik dan kecintaannya. Orang yang banyak tahu biasanya begitulah.
Orang yang kurang tahu tahap ghairahnya agak tidak terkawal. Pun saya tidak salahkan mereka juga kerana semuanya adalah proses.

Brader ni seorang yang gila muzik, sama seperti saya juga, jadi tidak hairanlah kami boleh berlabun sakan. Beliau menuntut dalam bidang muzik di Amerika selama 8 tahun.

Bila saya bercerita tentang gitaris flamenco dan klasikal legenda, Paco de Lucia, Julian Bream, Farah&Strunz brader ni sangat seronok dan suka-hati, bertambah pula bila cerita-cerita itu bersangkut-paut dengan falsafah dalam dan luar diri.

Katanya terlalu taksub dengan muzik hampir membawanya ke alam antah berantah atau mereng. Saya pun begitu juga. Ha ha ha

Akhirnya kami bersetuju bahawa di penghujungnya perlu ada keseimbangan. Katanya sampai satu level tatkala dia memetik gitarnya, alunan bunyi yang keluar bukannya irama dari tali-tali tersebut, melainkan bunyi ayat-ayat al quran belaka. Ha ha ha

Saya suka bersembang dengan brader ni kerana golongan pemuzik yang level mereka sampai, biasanya sangat telus dengan perjalanan mereka. Terlalu telus pun mungkin juga. Jadi saya rasa kita boleh dapat banyak ilmu dan pengetahuan dari situ, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.

Kita tahu brader ni ilmu muziknya tinggi, tapi biasanya makin tinggi kita naik, makin kita tak rasa kita ni tinggi ke rendah. Begitu juga dengan brader ni, dia biasa-biasa saja. Kita pun rasa selesa. Begitulah…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.