Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Muzik melayu tiada harga ditanahair sendiri(mingguan wasilah bil25-31 mei08)

1 comment

Apabila kita memperkatakan tentang Seni Muzik di Negara kita,kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa dunia Industri Muzik kita semakin tenat dan lesu.Album-album semakin tidak laku dipasaran..Kalau diawal tahun 80an dan 90an album boleh dijual mencecah 600 ribu unit,sekarang situasi yang begitu tidak ada lagi..yang paling banyak pun mungkin dalam lingkungan 10 ribu unit,itupun dah kira bagus,dan mungkin dalam masa beberapa tahun lagi,tidak ada syarikat rakaman yang berani melaburkan wang untuk mengambil Artis rakaman,yang kalau adapun hanyalah album-album kompilasi para Artis,yang nyatanya menguntungkan Syarikat rakaman,bukan Artis itu sendiri.

 

Bagi saya,muzik melayu ni memang ketinggalan dan boleh dikatakan lapuk,tidak berkembang dari segi kreativiti.Orang kita tidak pandai menilai muzik,sebab mereka tidak didedahkan dengan konsep keterbukaan dalam menilai sejak awal tahun 70an lagi.Berbeza dengan era muzik dan lagu diawal tahun 50an dan 60an,terutamanya di era Allahyarham Tan Sri P.ramlee.

Mawi contohnya,Artis yang lahir dari program realiti,Akademi Fantasia.Kenapa orang melayu memilih dia sebagai IKON,sedangkan dari ciri-ciri kreativiti dan syarat-syaratnya masih belum mencukupi,kualiti nyanyian masih boleh dipertikaikan.Atau mungkin orang kita mudah terpengaruh imej Islamik yang dibawanya?

 

Orang kita sebenarnya tidak tahu apa itu muzik,kalau tahu pun hanyalah diperingkat asas,orang kita Cuma tahu apa itu hiburan dan apa itu Glamour.Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Artis kita,itu sebab pilihan lagu-lagu untuk program AF(Akademi Fantasia)pun kebanyakannya diambil dari lagu-lagu popular Indonesia,dan kenyataannya muzik Indon lebih dekat dihati orang kita dari muzik kita sendiri.Kenapa fenomena ini berlaku disini disaat kita perlu mengutamakan muzik kita sendiri?

 

Muzik Indonesia semakin kedepan dan muzik kita masih ditakuk lama.Artis kita terlalu bergantung pada Komposer popular seperti Ajai,M.Nasir atau Hazami dan mungkin banyak lagi.Bahkan kumpulan muzik kita pun bergantung dengan lagu-lagu komposer popular ini untuk menaikkan nama mereka dalam industri,dan ini bukanlah satu inisiatif yang baik,sebab ianya akan menyebabkan penghasilan  muzik yang kedengarannya sama atau stereotype,kita ambil contoh lagu Cindai misalnya,dari Komposer terkenal Pak Ngah,yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza,pada saya lagu ini memang berkualiti,tapi lagu-lagu lain dari komposer yang sama muziknya kedengaran sama dan tidak ada pembaharuan.Mungkin sebab pemilihan para Sessionist dan susunan muziknya sama.

 

Berbeza kalau kita dengar lagu-lagu dari kumpulan muzik Indon,Dewa contohnya.Mereka berkarya penuh dengan nilai kreativiti dan kebayakan lagu-lagu dan lirik semuanya hasil karya mereka sendiri.Dan kebanyakan kumpulan muzik Indon ini berkarya dan membuat lagu dan lirik sendiri tanpa bergantung sentuhan Komposer Popular.Dan mereka mendapat tempat dihati masyarakat tentunya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi saya Artis yang bagus atau Kumpulan muzik yang bagus adalah mereka yang berkarya melalui lagu yang dicipta sendiri..seperti mana yang dilakukan oleh Band-band Indie kita,itu sebab mereka semakin maju dan kedepan dalam industri ini,contohnya kumpulan Hujan dan Meet Uncle Hussein..dan ini bagi saya satu perkembangan yang baik.Setiap Artis berkumpulan atau solo tidak perlu mengikut telunjuk dan garis panduan yang ditetapkan oleh Syarikat Rakaman sangat,sebab itu salah satu sebab yang melingkupkan daya kreativiti Artis itu sendiri.

 

Saya mengikuti juga perkembangan muzik ditanahair,melalui kaca TV,Program AF,misalnya,dan saya melihat para pelajar yang bercita-cita menjadi penyanyi ni,masih menyanyi dengan nada yang sumbang dan terlalu banyak yang perlu diperbetulkan,yang waktu itu sudahpun musim ke tujuh program itu berlangsung..Dah tujuh minggu tapi kualiti nyanyian masih teruk.Siapa yang perlu disalahkan bila fenomena ini berlaku dalam industri kita?.Dan fakta ini juga diakui oleh Komposer veteran terkenal Datuk Ahmad Nawab,yang nyata kesal dengan kesan program-program realiti yang kenyataannya melahirkan kuantiti,bukan kualiti.

 

Apa yang kita boleh buat sebenarnya untuk menafikan hak rakyat dalam memilih apa yang disuka?Tidak ada sebenarnya,melainkan dimansuhkan sistem SMS,penilaian hanya dari juri Professional.Dan jika itu dilakukan ianya tidak akan menguntungkan pihak Stesen TV yang menyiarkan program-program tersebut.Dan inilah kenyataan dalam dunia muzik kita hari ini,fenomena yang mengeliru bahkan mungkin bakal merugikan kita sendiri.END

 

 

 

 

 

 

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. aysik duk bangga lagu indon je

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.