Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

muzik underground dari kacamata positif-suara keadilan bil 4-16 julai08

6 comments

Adalah diakui melalui perkembangan terkini seni muzik tanahair,muzik Indie atau muzik Underground mula dan sedang bertapak,melangkah sedikit demi sedikit memeriahkan suasana dunia industri hiburan tanahair yang sedang melalui zaman muramnya ini.Banyak Band-band Indie yang muncul memeriah dan memberi saingan pada Band-band mainstream yang sedia ada.Hujan,Meet Uncle Hussein,Estranged contohnya..mereka adalah Band yang boleh dikatakan berjaya menawan hati pendengar dengan aliran dan fahaman muzik yang dibawa.Perkembangan ini dilihat sebagai petanda evolusi muzik sedang melanda Industri muzik dinegara ini? 

Muzik Underground sebenarnya telah wujud di Negara ini sejak awal tahun 80an lagi,waktu itu pengaruh muzik barat yang keras iramanya seperti Trash,Heavy Metal,Death Metal,Alternatif  dan Punk berjaya menarik minat anak muda masa itu,dan ianya merebak dengan cepat.Muzik-muzik yang sebegini dilihat sebagai anti-komersial dan non-mainstream.Dari wabak itu muncullah band-band Underground tempatan.Dan kehadiran mereka diterima dengan cepat oleh peminat muzik jenis ini.Sil Khannas contohnya berjaya menembusi dunia Mainstream tanahair dengan aliran muzik yang mereka bawa.

 

Kalau kita cuba mengenali dan memahami budaya dan mereka sejujurnya,golongan ini juga punya peranan dan tak perlu dinafi dan sisihkan mereka dari masyarakat. Jaie(vokalis kumpulan Sil Khannas)contohnya yang penulis kenal secara peribadi,sama juga seperti kita,tak ada perbezaan pun..berfamili,berniaga,bermuzik,muslimin yang taat,sama seperti masyarakat islam dan melayu lainnya.Gambaran pihak kerajaan terhadap golongan ini adalah keterlaluan dan menghukum tanpa usul periksa.

 

Muzik hanya sekadar imej dan ekspresi.. Mungkin golongan ini lebih jujur dan mulia hati mereka dari orang-orang Politik yang hanya pandai berlakon,berimej mulia,menjaja kejujuran disana sini namun sebaliknya bersifat munafik dan menipu rakyat . -. Seperkara lagi lirik-lirik dalam lagu mereka bukanlah memuja Syaitan sebagaimana yang pihak Kerajaan fikir dan gambarkan. Antara Menceritakan dengan memuji syaitan adalah dua bentuk faham yang berbeza.Dalam Alquran juga ada menceritakan tentang Jin dan Syaitan.Alangkah bodohnya jika kita berfikir secetek itu tanpa usul periksa terlebih dahulu. Terutamanya suatu waktu dulu bila muzik Metal diharam dan dikacaubilaukan aliran dan bentuk fahamnya, tentulah ianya musim yang menyedihkan bagi golongan yang memperjuang muzik ini,sebab itu sumber periuk nasi mereka.Sebaiknya  kalau nak menghukum,siasat dan fahami dulu dengan lebih jujur tanpa ada kepentingan politik atau itu ini.Ianya akan lebih adil pada rakyat.Mereka juga warganagera yang masing-masing punya Mykad yang sah,bukan pendatang haram pun.Bukankah Negara kita mengamalkan sistem demokrasi? Muzik hanya sekadar muzik, selagi dalaman dan nawaitu tetap pada yang satu ianya bukan menjadi satu hal pun,selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang bersalahan dengan undang-undang Negara ini.

 

D.I.Y(do it your self)sinonim dengan dunia muzik Indie dan underground.Maknanya artis atau Band tidak bergantung pada syarikat rakaman untuk mengeluar,mencetak,promosi,menerbit atau apa saja berkaitan Marketing atau pemasaran.Semuanya dilakukan sendiri.Dan cara ini sebenarnya adalah yang terbaik,kerana hasil penat lelah artis/band akan dapat mereka nikmati sepenuhnya melalui jualan CD/Kaset.Maknanya semuanya milik mereka. 

 

Sebenarnya kos untuk sekeping CD,hanyalah 50 sen,atau untuk sekeping CD siap dengan packagenya hanyalah  sekitar dua ringgit Malaysia.Kalau dihantar kekilang untuk cetakan sebanyak seribu keping CD contohnya,harganya cuma sekitar dua ribu ringgit atau mungkin lebih sikit..

 

Sewaktu demam muzik Trash,Metal atau Punk melanda muda-mudi di awal 80an dulu,masyarakat seakan tekejut dengan budaya cedokan dari barat ini dan sukar menerima terutama golongan ibu-bapa yang risau dengan penampilan imej anak-anak mereka yang rugged dan garang,ditambah dengan pandangan sempit dan negatif pihak kerajaan.Tetapi pandangan begitu sudah tiada lagi dizaman ini.Dan golongan ibu-bapa dilihat semakin matang dalam menilai isu tersebut,kerana terbukti golongan ini bukanlah penyebab pada kadar jenayah yang berlaku dinegara ini.

 

Seperkara yang perlu diketahui umum,kebanyakan muda-mudi yang meminati atau pemuzik yang memainkan muzik jenis ini adalah yang berpelajaran tinggi dan berkarier dan apa yang mereka lakukan adalah sebagai hobi dan minat semata-mata.Ini kerana semangat muda itu biasanya penuh dengan emosi,rebel dan anti-mainstream,apatah jika dilihat perkembangan muzik dinegara ini terutama muzik rock dilihat tidaklah se’rock manapun.Melalui senikata lagu yang meleleh dan lembik,apalah yang boleh kita banggakan dengan kumpulan muzik Rock yang kita ada.Berbeza dengan yang ada di Indonesia.Kumpulan Rock God Bless contohnya,walaupun muzik mereka berentak Rock/Progresif dan keras iramanya,senikata lagu-lagu mereka jika kita teliti penuh dengan maksud kemanusiaan dan kehidupan seperti lagu Balada sejuta wajah,rumah kita,menjilat matahari,anak adam dan banyak lagi dan disini kita boleh lihat keseimbangan antara irama dan senikata lagu yang ditulis oleh mereka dan menampakkan kebijaksanaan mereka dalam menterjemahkan makna kehidupan melalui muzik.

 

Kita memerlukan industri yang sihat dan berkembang,positif dan kebanyakan Band-band Indie dilihat mampu berperanan dan memberikan saingan kepada dunia muzik mainstream yang semakin tak bermaya hari ini.Melalui senikata lagu dan muzik mereka yang jujur,kehadiran mereka juga mampu memberi impak yang positif kepada pendengar dan masyarakat hari ini seadanya.Lagu yang bagus adalah lagu yang boleh membentuk pemikiran kita kedepan,bukan kebelakang. 

Penulis secara peribadi percaya dunia muzik Indie akan terus berkembang dan diterima oleh masyarakat hari ini.Ini kerana antara muzik dan politik itu sama saja permainannya,sama saja takdirnya..dan persamaan yang nyata antara muzik mahupun politik asasnya adalah kejujuran.Memang jujur itu subjektif,jujur yang dimata itu sekadar panorama yang mungkin menggelapkan pandangan,manakala jujur yang dihati itu lebih disukai Tuhan semesta alam.Wallahualam.

 

Dalam apa juga yang kita lakukan,jujurlah pada diri sendiri.Mungkin ianya tidak disenangi sekeliling,kerana nyatanya juga,bukan semua orang suka pada subjek ‘BENAR’.

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. apa kes caruberater dung ni…tunjuk punkuq lak…hahha

  2. hahaha…gua no komen,but tempat tak sesuai,act carburatur dung sebuah band yang tight..but biasalah muzik punk,kalau tak bingit dan havoc,itu bukan punk..apapun tempat dan majlis tak sesuai bro…silap percaturan,kena jugak faham sentimen orang2 pas dan yang datang berkeluarga..gua perform diorang suka..ya la,kita akustik saja..rileks..

  3. pak hishamudin silap…patut jemput org mcm lu atau pemuzik lain yg jenis santai dan lirik pun lebih sesuai…

    c.dung tu lepas gian sbb may be b4 this tak penah buat gig besar2an…

  4. act gua ada perform juga bro..gua perform diorang happy..but isham dah make apologise..things are happened…silap percaturan…hehe

  5. sapa lagi perform?

    x per..tu pengajaran ..next time pak hishamudin akan organise profesionally lagi…tu pun kalu ada mini konsert lagi ler..aku rasa no more dah kot..

  6. hahaha..maybe tak der dah kot…isham pun frust sgt sampai menangis…act dalam apa situasi pun..kena rasional..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.