Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Muzik

0 comments

Saya pun tidak pasti sebenarnya sampai ke mana hala tuju saya dalam muzik ni. Mungkin ending saya seperti hero saya suatu masa dulu, Nick Drake. Ianya menyedihkan, tapi itulah kebenarannya. Hidup ini memang memenatkan bahkan mungkin akan mengecewakan dari segi hasilnya jika terlalu dalam kita menjelajah ke dasarnya.

Seorang kawan pemuzik saya berbangsa India. Dia saya anggap seperti abang saya, sangat baik dengan saya. Kawan saya ni juga sangat dalam perjalanan jiwanya sampaikan katanya dia selalu bercakap-cakap dengan gitarnya. Ha ha ha

Untuk berjaya dalam bidang muzik di Malaysia, kita perlu jangan bagus sangat. Kita perlu gitu-gitu sahaja. Kita perlu ada rasa ghairah dalam meniti tangga demi tangga. Saya ni bukan suka sangat naik-naik tangga ni. Saya nak naik lif je kalau boleh. Ha ha ha

Jangan bagus sangat seperti kita bikin lagu yang stereotype dan melankolik, tema cinta budak sekolah. Kalau kita bikin lebih dari itu, lepas tu lepaslah, tapi setakat lepas sajalah. Ha ha ha

Bukanlah saya kata saya bagus sangat dalam muzik ni. Tapi kalau kita dengar lagu dan lirik yang ada di Malaysia ni melodinya seakan sama, mudah diduga. Lirik pun satu hal juga, temanya memang cintalah sampai naik layu bunga dipuja. Jadi apa cabarannya untuk menjadi artis di sini?

Kalau saya tak main muzik, saya nak jadi apa? Umur dah separuh abad, tenaga pun dah semakin kurang. Busking lama-lama pun penat juga. Ha ha ha

Saya bekerja di Yamaha Muzik selama 10 tahun. Itu satu jangkamasa yang panjang sebenarnya. Saya kenal baik ramai pemuzik hebat yang sebenarnya hebat jika kita nak bandingkan dengan pemuzik piring-hitam yang hanya penuh glamour saja.

Jerry Ventura salah satunya. Dia ni berbangsa Cina saya rasa. Multi Instrumentalis dia ni. Saxophone bagus, main dram bagus, perkusi pun bagus..menyanyi lagilah bagus, main bass pun bagus. Semuanya bagus. Dia mengajar di tempat saya bekerja. Bass, dram, vocal, gitar, percussion..semuanya dia ajar. Tapi orangnya sangat biasa-biasa saja. Sangat baik dengan saya. Ramai lagilah..Jerry Felix, Andy Peterson, Josie Thomas dll.

Kalau setakat pemuzik yang hanya pakai kot lawa, main gitar pejam mata goreng macam Malmsteen itu tak ada benda pun bagi saya.

Betul, sepanjang bekerja di sana, selalu kita menjemput pemuzik hebat dunia.. Akira Jimbo( drummer Casiopea) Issei Noro(Gitaris Casiopea) John Myung( Dream Theatre bassis) pernah datang ke Yamaha Music tempat saya bekerja. Abraham Laboriel(bassis) juga.

Mereka yang hebat tidak akan tahu yang mereka itu hebat kerana waktu itu biasanya mereka sudah faham dan kenal siapa mereka sebenarnya. Biasanyalah..

Kita di sini untuk bekerja . Bekerja itu tanggungjawab. Tanggungjawab itu ibadah. Ibadah itu tuntutan agama. Main muzik itu bekerjalah..itu bukan main-main, jadi kita kena fahamlah benda-benda gini.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.