Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Nasib dan peranan

0 comments

Banyak hal yang berlaku semenjak dua menjak ini. Dengan masaalah penyanyi yang menarik diri di saat-saat nak masuk studio, dengan kesihatan saya yang agak tidak konsisten dan segala macam hal lagilah. Bukan senang nak senang..Ini pun semasa saya sedang menulis kepala saya sedang pening, baru je lepas makan panadol 2 biji.

Apapun saya bersyukur kerana saya tidak di lahirkan untuk menjadi ahli politik. Walaupun mereka berjaya dengan watak dalam kerjaya mereka, ada banyak duit dan kuasa, saya percaya mereka sangat susah untuk tidur malam dengan lena, agak sayalah..sebabnya kerja mereka mencari pengaruh dan kuasa, semakin berkuasa semakin seronok. Sudahnya makan pun tak kenyanglah, tidurpun tak lena..sebabnya otak berpusing ligat macamana nak lebarkan pengaruh dan kuasa untuk menjadi lebih berkuasa.

Tak apalah, saya dapat menghibur dan mendidik masyarakat pun cukuplah. Ni kepala pun dah cukup pening dah. Hasilnya duit tak banyaklah, tapi hati taklah sakit.

Apapun setelah menunggu dan mencari, jumpalah kita penyanyi yang akan menyanyi di dalam album ‘ Society’ setelah di audition mutu suara dan penampilannya. Itulah, dalam hidup ini ‘nasib’ juga memainkan peranan penting dalam hidup dan kejayaan seseorang. Saya harap segalanya akan berjalan lancar dan kepala saya tak pening lagi..ha ha

Bagaimanapun kalau datang lagi dugaan, benda ni dah biasa dah, sebabnya saya selalu juga berhadapan dengan nasib yang tidak menyebelahi kita, jadi kalau jadi gitu , kita kena belajar menerimalah bentuk dugaannya. Barulah terasa hidup ini akan lebih bermakna.

Kalau dalam hidup ni kita senang sangat dapat apa yang kita nak pun tak best juga. Macam anak orang kayalah. Apa nak semua dapat, jadi apa cabarannya di situ? Ini kalau kita, banyaklah yang kita nak, nak duit banyak contohnya. Nak beli itu, ini, semuanya elemen material yang bukanlah senang untuk kita mendapatkannya kerana kita bukan orang yang mampu sangat. Tapi itulah cabarannnya, sekurang-kurangnya kita ini masih punya impian.

“Old Turkey Buzzard”, is a recurring background theme. It was sung by José Feliciano and was composed by Quincy Jones with lyrics by Freddie Douglas.

(Jose Feliciano- Ol Turkey Buzzard

Ol Turkey Buzzard, Ol Turkey Buzzard
Flyin, Flyin high,
He’s just waiting
Buzzard just a-waiting
Waiting for somethign down below to die
Old Buzzard knows that he can wait
Cause every mother’s son has got a date,
A date with Fate.. With fate

He sees men come, he sees men go,
Crawling like ants on the rocks below
The men who scheme, the men who dream
And die for gold on the rocks below
Gold, Gold, Gold, they just gotta have that gold
Gold, Gold, Gold, they’ll do anything for gold

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.