Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Once there was a folk singer..

2 comments

Menjadi penyanyi folk? Apa tu? lagu dondang sayang ke? lagu dikir barat ke? Ala yang main gitar tong tu..Ohh, tak faham le..Kalau macam Yuna? O itu best, macam tu ke folk ?…lagi pun dia pakai tudung…itu penting tu, kalau lelaki dulu kita ada Maawi, dia alim, pandai mengaji, merhaban..pegang tasbih je…itu yang buat kita suka sangat.suara dia nombor 2..nak jadi syarat jadi penyanyi tak kira le apa genre pun..kena tunjukkan alim…itu nombor satu, lepas dah buat banyak duit itu pandai-pandai le…he he…
Akhirnya gua bersetuju dengan cerita kawan gua di atas..bayangkan kita ni dah ada 7 album, pun dia masih tak kenal lagi..folk pun dia faham tak faham…indipendent itu haprak le pada dia..sebab channelnya kena melalui saluran yang di iktiraf..program realiti contohnya..itu penting tu..Hidup pula tak sesenang mana..Itu lagi le payah..Memang tough beb!! Rate untuk bikin show terlalu rendah..apatah lagi dengan kawan-kawan, lagi le diorang manipulasi apa yang boleh ,kalau boleh semua show diorang organise tanpa bayaran,lillahitaala, kalau macam program Maskara tu ok, sebab itu non profit program, yang itu gua tak kisah.. Buku gua, dah lah royaltinya rm 2 sahaja untuk 1 buku, bab bayaran langsung senyap dan main lari-lari sana-sini..apa jenis orang yang macam ni? Macamana kita nak percaya orang kalau macam ni? Dahlah kita hidup tak sesenang mana..Penat beb!! Lepas tu tak ada rasa malu atau bersalah..

Nak jadi penyanyi folk? Tak usah le..pergi cari kerja yang boleh kasi kamu makan untuk terus hidup dan bersukaria, lepas tu boleh nak jadi penyanyi folk yang berimejkan rabak seantero dunia pun tak apa..Pertamanya lagu kamu orang politik tidak akan suka dan sokong, tak kira le apa parti pun..yang kedua..lagu-lagu bermesej ni memang payah nak masuk ke jiwa, sebab di sini orang sukakan hiburan yang semuanya nak nyata..Kalau alim, kena tunjukkan alim melalui nasyid..Kalau patriotik, kena ada muzik march yang melompat dan terkejut-terkejut…macam lagu Ibrahim Bachik contohnya..Tolong jangan bikin lagu patriotik macam penyanyi folk Indon, Gombloh..Kita tak nak yang meresap ke darah dan nadi…kita nak meresap kesekitar otak dan akal saja..sebab akal akan bikin kita jadi lebih hip-hop dan kuat berangan..Kalau lirik kena cerdik-cerdik bodoh sikit..senang orang nak faham…

Yang ke 3? Kamu kena di lahirkan melalui program atau media yang di iktiraf oleh akhbar melayu..indipendent pun dah jadi trend sekarang..indipendent sebab syarikat rakaman dah banyak gulung tikar..kena le indipendent…but lubang cari duit masih banyak lagi..ringtone contohnya..
yang ke -4? Contoh di Selangor ni..Arits yang di jemput yang akan di bayar mahal adalah artis-artis popular..Reshmonu, Amy, atau banyak lagi le..tapi kena ada glamour..itu penting..Kalau artis macam kita ni? Dah le pakaian pun tak semenggah, lagu pulak tak ada lagu cinta, lirik pulak serius sangat..susah le macam ni? RM 150 cukup le..yang besar-besar ni berapa diorang bayar? Nyanyi pun lagu minus one..bayar berapa? 3k- 30k…state banyak duit..apa ada hal….ha ha ha..

Jadi nasihat gua pada kawan-kawan yang sama berjuang..bersempena visi kita yang semakin kabur ni..beralihlah arah…thats ok..lu bikin lagu untuk diorang pun ..bukannya diorang appreciate sangat pun..duit show beli beras danbarang dapur pun tak lepas..Be smart..please be smart..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. “aku Menulis bukan kerna nama”…. what you said is right… sad but true… ( aku tulis sambil dengar lagu catatan di taman dari album sakarat)

  2. memang agak emo, sebab kita yang dah tua ni bila di bodohkan oleh budak2..leceh sket bro..kalau gua ada income tetap tak apa..ni benda2 macam bayaran ni memang penting..untuk teruskan hidup, bukan untuk bersukaria..tapi bila ada jenis yang tak faham ni payah le…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.