Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Orang gila orang hebat

0 comments

Orang gila- Sampai hari ini saya masih berpendapat mereka ini lebih hebat dari saya. Bukan dengan saya sahaja, bahkan jika saya bandingkan orang gila dengan ulama walau sewarak manapun mereka, selagi mereka ini punya nafsu, mereka pandai menilai harta, rupa, pahala dan dosa, mereka masih lagi orang biasa yang masih lemah serba serbi tapi ada juga yang pandai pula menghukum yang mana betul dan yang mana salah.

Saya bandingkan orang gila dengan golongan ulama kerana mereka sentiasa menjadi rujukan umat untuk subjek kesempurnaan dan kebaikan. Mereka dilihat sebagai golongan yang sempurna di mata.

Saya tidak bandingkan orang gila dengan orang politik kerana orang politik adalah golongan yang bukan sempurna melainkan kebanyakan mereka hanya pandai auta dan putar belit. Pun saya tidak salahkan merekalah kerana itu watak mereka di dunia ini.

Kalau kita berikan rm 50 atau rm 1 juta sekalipun kepada orang gila, kemungkinan besar mereka akan makan duit itu, koyak atau sebagainya kerana mereka tidak punya akal yang cukup untuk itu sebagaimana layaknya seorang manusia yang punya akal. Maknanya hal dan dunia sudah mereka lupakan sama sekali. Hal adalah nafsu, nafsu adalah dunia. Dunia adalah mimpi dan permainan anak kecil yang berlari mengejar makna hidup yang kunci utamanya adalah duit dan kuasa.

Saya selalu juga membandingkan antara saya dan anak saya, Adam yang tidak sempurna akalnya. Dia juga jauh lebih hebat dari saya kerana lorong itu telah tersedia untuknya sedangkan saya mungkin masih terkial-kial mencari arah dan lorong untuk ke sana.

Baru-baru ini saya bersembang-sembang dengan kawan yang ahlil dalam muzik dan pengetahuan. Kita bersembang tentang seorang singer/songwriter yang agak kurang bernasib baik dari segi mental (manic depression) Daniel Johnston.

Antara penyanyi hebat yang menghargai bakatnya adalah Kurt Cobain dan Beck.

Dunia ini tidak akan mampu untuk adil kepada semua sebenarnya. Saya bersimpati bila melihat golongan yang kurang bernasib baik walaupun saya bukanlah dari golongan yang berkemampuan juga. Saya masih kalkulatif dan punya rasa dan tindak balas terhadap apa yang berlaku di sekeliling saya samada baik atau jahat, buruk mahupun cantik.

Apabila kita dikurniakan akal, kerja kita adalah berjalan berpandukan akal. Itu yang membezaka antara kita dengan orang gila. Orang gila juga berjalan yang akalnya terikat di tali takdir. Maknanya kita ini tidak sehebat manalah. Ha ha ha

Daniel Johnston on IRS’ “The Cutting Edge” 1985 at Liberty Lunch in Austin, Texas.

When I was out in San Marcos, a year ago today,
They probably would have put me in a home.
But I threw all my belongings into a garbage bag,
And out into the worldness I did roam.
My hopes lay shattered like a mirror on the floor,
I see myself and I look really scattered.
But I live my broken dreams.

The wildest summer that I ever knew,
I had a flat tire down memory lane.
But I came back after five months and a half,
And now I’m just trying to explain.
And now I’m here, and here I stand,
With a sweet angel holding my hand.
I live my broken dreams.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.