Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Orang hebat – Zaffa

0 comments

Muzik – Saya banyak berkawan dengan orang muzik dan orang seni. Seni muzik bagi saya adalah sebahagian dari nafas kehidupan. Kesunyian tanpa muzik juga ada muzik di dalamnya. Cuba kita fokuskan nafas dalaman kita yang sedang bernafas, sunyi dan semakin dalam..akhirnya kita akan mendengar dengan jelas degup jantung kita yang berdegup..Kecuali jika nafas kita berhenti..Selagi hidup, muzik atau bunyi-bunyian tetap ada dan ianya mengiringi hidup kita seadanya.

Jadi sewaktu saya bekerja di Yamaha Music, saya banyak berkawan dengan pemuzik dari genre jazz sampailah ke Rock n Roll. Memang seronok sebab mereka ini jujur bercerita dan kita boleh bertukar-tukar pandangan tanpa melibatkan sebarang kepentingan atau basa-basi.

Kalau kita mahu menjadi pemuzik, kita perlu duduk di dalamnya. Mesti serius, buat homework dan praktis, praktis dan praktis. Kalau gitu-gitu hasilnya gitu-gitulah. Dalam industri muzik di Malaysia ni, saya memang serius dengan muzik, bukan hiburan. Cuma di sini kita ditekankan lebih kepada elemen hiburan, skandal dan gossip. Muzik sudah jatuh nombor dua, hiburan nombor satu. Jadi ianya tak bestlah pada saya. Kita pun tidak punya banyak pilihan sangat untuk memilih apa yang kita suka.
Jadi saya terpaksa buat apa yang saya suka dan mahu lakukan.

Untuk siri orang hebat saya akan bercerita tentang seorang sahabat baik dan bagi saya dia sangat hebat dalam dunia muzik dan zuhudnya pada dunia.

Zaffa- Saya kenal mamat ni lama, sejak Pasar Seni dibuka pada pertengahan 80an lagi. Mengenainya ada saya ceritakan dalam aotobio ‘gila muzik’ yang akan saya terbitkan nanti.

Dulu Zaffa ni setiap petang dia akan melepak menonton persembahan pemuzik jalanan yang bermain muzik( busking) di Pasar Seni. Lama saya perhatikan cara dia, memang cool sangat dan terlalu humble. Dia akan menggendong sebuah beg lusuh bersamanya ke sana sini. Sangat soft-spoken. Jadi cara dia buatkan saya selalu bertanya dan ingin tahu lebih dekat lagi pasal dia ni. Dari cerita kawan-kawan dia ini sangat berpengatuahuan dalam muzik dan sangat bagus.

Jadi kesempatan pun untuk kenal dia datang pada tahun 91, bilamana saya waktu itu hari-hari melepak di kedai print-baju kawan saya, dia selalu datang. Dia memang sangat hebat, cuma sejauh mana hebatnya dia saya tidak dapat mengagaklah. Cuma dia adalah reference untuk budak-budak yang mahu tahu dengan detail tentang muzik. Dia macam perpustakaan bergerak. Koleksi muziknya banyak tidak terkira, semuanya dia tahu. Kalau kita bercerita tentang kumpulan muzik ‘ King Crimson’, ada ada koleksi-koleksinya dan dia burnkan dalam bentuk kaset untuk saya.

Bila saya bekerja di Yamaha Music tahun 96 dulu di Jalan Imbi, dia selalu datang ke showroom tempat saya bekerja sebab dia tinggal di Jalan Davis, memang dekat dengan tempat saya bekerja. 2 kali dalam seminggu dia akan berkunjung ke Tower Records untuk membeli majalah pasal muzik. Dari situ saya mula rapat dengan dia.

Memang banyak yang saya belajar dari manusia yang bernama Zaffa ni. Provoke le macamanapun, dia cool saja. Ha ha ha..Dia seorang pemain keyboard yang bagus, sebab dia berpengalaman bermain muzik di pub-pub dan restorang. Saya setiap petang selepas waktu kerja akan melepak di rumah dia, bersembang-sembang dan jamming. Bila saya bermain gitar bersama dia, saya rasa kecil sebab dia lebih bagus. Jadi saya selalu minta tunjuk ajar dari dia. Banyak yang dia tahu. Bayangkan orang nak belajar saxophone pun datang ke rumah dia walau dia bukanlah seorang saxophonist. Nak belajar bass pun minta tunjuk ajar dari dia. Dia memang hebat dan dia memang spesis yang sangat rare untuk dijumpai. Saya selalulah bersembang dengan dia tentang apa saja hal. Politik,muzik, ugama, sukan. Semuanya dia tahu.

Zaffa ni insomnia, jadi malam dia berjaga sampai ke siang, dan waktu itu dihabiskannya dengan membaca dan membaca. Itu dunianya.

Cuma masaalahnya, Zaffa ini terlalu merendah diri. Itu saja. Dia seakan tidak mahu keluar dari dunianya yang tersendiri, dia memang selesa begitu. Dia memang zuhud dan dia adalah hamba pada seni muzik.

Baru-baru ini saya bersama kawan saya, Amin Iskandar kita melawat kawan saya si Zaffa ni. Dia masih lagi seperti dahulu sewaktu saya kenal dia, tidak berubah. Sesuatu yang pasti, semakin kita cuba menjenguk dalaman, kefahaman dan pengetahuannya semakin dalam dia pergi. Saya pun tidak tahu sejauh mana hebatnya dia, sebab saya tidak dapat bertemu pada penghujungnya, cuma saya sangat menghormati beliau sebagai orang seni yang dunianya hanyalah seni dan muzik. Dia adalah pengabdi seni yang hebat.

*** nota: (Ini mamat yang bikin video ni cakap)..This is my video interpretation of the King Crimson classic song “In The Wake Of Poseidon” from the 1970 album of the same name. If you always wanted to know the words to this song, they are included here. This video contains a fantastic sunrise, beautiful PreRaphaelite paintings, some great waves at the beach, a pretty intense summer rainstorm and a flooded Allegheny river.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.