Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

orang itu kita itu asing

1 comment

Alangkah seronok dan berbahagianya kita bila bercerita tentang apa yang kita suka,tentang muzik yang kita minat contohnya.Yang kita minat itu bukankah asing pada selera dan minat ramai?Kita pun tahu tentang itu..Itulah,dan kita bersetuju juga bila kita ini tersangkut dizaman keagungan muzik 70an..penghujung 60an..awal 80an..Betapa kita letakkan Nick Drake itu atau Bob Dylan itu ditempat tinggi,atau Leonard Cohen,atau Jim Morrison,Jimi Hendrix,jimmy Page..Ritchie Blackmore..Ohh…terlalu hebat mereka-mereka ini..Pink Floyd?Wah..kita pernah hampir terbabas kerana asyiknya melayan album Pink Floyd,Animal..kocakan yang macam ribut dari gitar David Gilmour,membuatkan naluri kita segar dan mahu memandu dengan laju,seperti pemandu F1..malangnya kita cuma pakai Kancil saja..pun kerana asyik mashuknya dengan irama muzik..kita hampir jalan..ha ha ha..Mernjengah pula ke musim spiritual..kita jumpa hampir terlupa akan cerita dunia yang bergemerlapan..asyik sangat dengan lagu Kitaro..terutamanya lagu Straight away to Orion dari album Journey beliau….betapa menusuknya muzik Kitaro,maklumlah..segala macam bunyi boleh dibuatnya,angin,awan berarak,ribut,sedih,murung..segala macam..bukankah itu pengaruh LSD?..Atau betapa asyiknya melayan semangat kita bila mendengar lagu-lagu Ozzy Osbourne terutama bila menceritakan tentang album Diary of Madmannya..Siapa lagi kalau bukan gitaris hebatnya,Randy Rhoadnya yang dianggap antara gitaris hebat diawal 80an dulu…yang kita anggap sangat hebat dan revolutioner..oH betapa gahnya kita menghormati mereka..JOhn Lennon,Cat Steven,Jackson Browne,Van Morrison ..Oh sangat hebat dengan album Astral Weeks yang dianggap masterpiece yang terhebat diantara sekian banyak album beliau..Dan kitapun menyanyi lah lagu..moondance atau The young that lovers do…Oh betapa bersemangatnya kita menjiwai lagu itu..Lagu hit beliau yang tajuknya kita pun dah lupa..kita tak heran pun…ha ha ha…..Atau kita melayan album Cat Steven..mona Bone Jakon atau Numbers..oh betapa seronoknya jiwa kita bila menyanyikan lagu Novim’s Nightmare..bukankah itu siri episod pencarian yang belum menuju titiknya?Dan kita tidak heran pun tentang lagu Wild World..sebab biasa sangat pada kita..Kita tak heran pun bila dikata mereka minat Cat Steven,tapi bukannya mereka faham pun..kalau setakat melayan Greatest Hits,tak payah sembang la beb!!hahaha..betapa eksyennya kita masa itu..Ye lah..kita duduk didalam muzik itu sendiri..mereka hanya mendengar muzik yang taklah sampai ketitik pun..dan kita pun ketawa sampai pecah perut..Beatles?ohhh!!semua collectionnya kita ada..Lennon adalah wali..itu saja yang ada dalam code yang kita simpan dalam list otak…Harrison adalah wali…spiritual..hebat-hebat..Mccartney?itu kita buang dalam tong sampah..kecuali dia adalah pembikin lagu yang hebat yang kitapun tidaklah menafikan..Yang penting pada kita attitude..attitude..attittude…yang lain pergi mampos…Mnejengah pulak kezaman Punk..ohh..terlalu banyak band yang bagus..faham lah kita tentang kesamarataaan penilaian tentang manusia..kamu tahu 3 kord..jom bikin band..bikin muzik sendiri..pun boleh jadi hebat..Sex Pistol,Ramones..legend…Clash?wah!!hebat-hebat..should i stay or should i go…yang kita pentingkan adlah attittude..yang lain pergi mampos…!!!mereka ini bikn album dan meletup..itu hakikat…

to be continued…

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. test komeng

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.