Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ORANG JUJUR DIKASIHI TUHAN

0 comments

Hari lahir adalah hari dan detik pertama kita dizahirkan untuk menjadi manusia dan menggauli suka duka hidup oleh pencipta melalui ke dua ibu-bapa kita.Sembilan bulan kita di dalam rahim ibu yang mengandungkan kita.Ke mana-mana ibu menggendong kita di dalam perutnya berbekalkan kasih dan sayang. Ibu cuba untuk makan makanan dan minuman yang terbaik agar kita dilahirkan dalam keadaan yang sempurna, akal dan fizikal.

Keluar saja ke dunia, kita dah start buat hal…Memang kita tak nak sebenarnya dizahirkan tapi itulah…hidup ini adalah dengan kudratNya jua. Kita dikatakan makhluk yang teristimewa kerana dilahirkan sebagai manusia yang punya akal. Akal jugalah yang punya segala cerita dan memegang khazanah rahsia yang hanya Dia lah juga yang mengerti akan segalanya.

Saya katakan bila keluar saja dari perut ibu kita buat hal dengan menangis. Mengapa kita menangis? sebab nak makan. Siapa yang ajar kita mencari susu ibu kita? Tidak ada siapa yang ajar kerana itu adalah fitrah kejadian.

Kita menangis juga sebab kita ini perfect. Dan kita juga menangis kerana jadi manusia ni memang masalah sebenarnya. Yang jadi punca masalah adalah akal kita. Itu sebabnya bila sampai satu tempoh, kita perlu minimumkan kehendak nafsu kita yang suisnya ada di minda kita sendiri.

Fitrah berkait rapan dengan kepentingan. Kita di sini atas dasar kepentingan. Saya bernyanyi berlagu, jual album sana sini atas dasar kepentingan. Kita bekerja di opis, cukup bulan dapat gaji, itu juga kepentingan. Mereka bersembahyang dan buat amal jariah untuk mendapat ganjaran, itu kepentingan. Orang politik berebut jawatan untuk menjadi ketua, juga atas dasar kepentingan. Golongan marhaen bekerja ikut cara mereka masing-masing, juga berkepentingan.

Cuma kepentingan kita ini masih dalam kategori fitrah kerana selagi tidak ada rasa tamak dalam diri kita, kita masih di dalam lindungan kebesarannya.

Orang yang tidak ada kepentingan adalah orang gila…itulah bagi saya, kita cakap lebih-lebih tentang kepentingan dan perut kenyang, semua orang selagi bernafsu memang nak makan dengan kenyang. Segalanya bergantung kepada diri dan kehendak kita sendiri. Hiduplah bertemankan kejujuran. Bukan untuk orang lain, melainkan untuk diri sendiri…

Seperti yang selalu P.Ramlee kata: orang jujur dikasihi Tuhan…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.