Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Orang-orang hebat…

7 comments

Semalam gua menonton video Michael Jackson..dengan anak-anak gua di rumah…Bayangkan, setiap saat pergerakan yang dia lakukan..Penonton akan menjerit, menjerit dan menjerit…Itulah Michael..Satu dunia kenal dia..

Dia bukan manusia biasa, dia luar biasa..Mega star..seperti kata M.Nasir suatu waktu dulu, bila aku bersembang-sembang dengan dia..aku setuju..

Kalau kamu menonton video live dia..kamu tak akan bosan..memang menghiburkan, dia memang dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi seorang penghibur..dia seperti lilin yang menerangi hidup kita..

Adakah dia bahagia? Aku tidak rasa dia bahagia dengan kehidupannya..tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang bintang..umur 10 tahun sudah bergelar jutawan..

Dia tidak boleh ke sana-sini, dia terpaksa mencipta dunia dan fantasinya..Dia mahu hidup 150 tahun..tapi umur 50 tahun dia mati..

Kehidupannya dieksploitasi semaksimumnya kerana dia adalah ringgit..Kalau seluar dalamnya dicampak ke penonton, mereka akan menciumnya walau sebusuk dan setengit mana pun baunya….

Kamu pergi ke ceruk manapun dalam dunia ini..hatta ke perkampungan orang asli sekalipun..mereka akan kenal susuk yang bernama Michael Jackson..

Setiap kali gua menonton videonya..gua akan menggeleng-geleng kepala..sangat hebat..Anak-anak gua akan melompat-lompat..

Levelnya sampaikan kalau dia berdiri tegak tanpa bercakap sepatahpun..itupun peminatnya sudah menjerit-jerit histeria..

itulah Michael Jackson…Aku tak rasa akan ada pengganti..

Ya, di dunia ini dia memang hebat..sebab dia dilahirkan untuk menjadi orang hebat..

Aku bukan peminat Michael Jackson..haha..tapi aku dan kebanyakan orang akan bersetuju yang dia memang orang hebat…

Tuhan? itu tidak boleh dibandingkan dengan apa atau siapapun..kalau dibandingkan maknanya dia bertempat..Kita bercakap atas dasar kita sesama kita..manusia..sehebat manapun..kita hanyalah manusia..itu sahaja..

*Selamat menyambut hari merdeka..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. kalo ade rezeki berjumpa ngan abg meo saya mmg nak ckp yg saya mmg byk beljar ttg dunia dgn penulisan2 abg..
    tahniah.teruskan.

  2. terimaksih bro..ada masa kita jumpa..insyaallah..:)

  3. ..aku rasa aura Michael lebih lagi berbanding Elvis..entahlah munkin sebab aku tak minat dengan Elvis..tapi apa pun mereka tetap unik dan dan mempunyai kelebihan yang tersendiri..dan yang jelas tak akan ada duanya mereka..

  4. Elvis hebat juga bro..cuma tak semua kanak2 suka dia..perempuan mungkin..haha…Michael kebanyakan kanak2 akan suka dia..sebab otak dia pun mcm kanak2..Peter Pan..haha

  5. Meor;
    Hang pun termasuk jugak dlm kategori “orang-orang hebat”… Remember that…

  6. sofian:ha ha..kita manusia bro, ada watak kita masing2..michael jackson pun itu watak dia di dunia..jadi bila kita tau kita ni hanya mansuia..tak ada apa masaalah kot..macam michael dia tahu dia hebat, dan dia cuba upgrade kehebatan dia..yang itu masaalah pada diri dia la..imam ghazalie pun hebat, tapi at the end dia pun takut dengan puji-pujian sampai semua orang sebut nama dia ..sampaikan dalam masjid pun orang sebut nama dia..haha..

  7. bro! gua suka “kalau lah seluar dalamnya dicampak…….haha…..diehard fan..rakus!!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.