Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

OSMAN GHANI-Sesuatu tentang semalam

8 comments

Osman Ghani..Nama yang cukup popular di Pasar Seni,juga dipersada seni tanahair.Telah kembali kerahmatullah pada rabu,mei 20hb 2009.Sebenarnya gua mula dengar nama Osman Ghani ni sejak dikampung lagi..Ada beli album solo dia,cover dia berjalan bersama gitar.Handsome dan bergaya.Di tahun 1983-84 dulu.Itu zaman kegemilangan arwah sebagai penyanyi dan komposer.Lizawati adalah lagu arwah yang sangat popular sampai kehari ini,yang dipopularkan oleh Rahim Maarof.
Gua kenal agak rapat juga dengan arwah,sebabnya dia dah dianggap sebahagian dari warga Pasar Seni sejak lama dulu.Kadang-kadang arwah akan join gua dan kawan-kawan busking diPasar Seni.

Sebenarnya kita kawan-kawan agak merasa akan makna kehilangan.Tapi dah namanya kita ini semuanya bersifat pinjaman.Cepat atau lambat semua kita pun akan mengadapnya juga.
Arwah dalam hidupnya sempoi dan sentiasa menjaga penampilannya dikhalayak.Jarang dengar dia bercerita buruk pasal orang lain.Saban petang arwah akan melepak dengan kitorang kat kedai mamak Annexe.Suka Melawak dan sentiasa disenangi kawan-kawan terutama warga Pasar Seni, arwah juga selalu bercerita tentang kenangan dan cerita semalamnya.Ialah,sesuatu yang indah tentang semalam itu memang seronok untuk dikenang dan diceritakan.Tapi yang paling gua salute tentang arwah..itulah, arwah ni sentiasa positif dalam hidup dan perjalanannya.Dari dia kita datang,kepadanya kita kembali jua.Al-fatihah.pa262419

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. al fatihah…

  2. sheikh,
    al fatihah. wa teringat baju ‘saddle king’ lumberjack yang dia pakai kali terakhir wa ngeteh dengan dia kat annexe. we will miss his ramblings of bygone years.

  3. al fatihah..
    teringat 2-3 minggu lepas dia mainkan lagu ding ding gale Sudirman. Kata arwah lagu versi asalnya gini (sambil menyanyikan lagu tersebut yang menceritakan kisah budak dadah yg kantoi)

  4. Al-Fatihah… Moga rohnya dicucuri rahmat…

    Kali terakhir gua jumpa allahyarham beberapa tahun lepas di Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat.

    Satu lagi kehilangan untuk dunia muzik…

  5. Al-Fatihah buat arwah. Walaupun gua baru sekali jumpa dia, dia dah mesra bercerita dan melawak.

    Begitulah “Old Timer” yang mudah bergaul.

    Semoga Arwah berbahagia bersama”NYA”.

  6. nan blues says:

    Al Fatihah.semoga Tuhan mengampuni dan mengasihani arwah abang Osman.pertama kali dgn dia masa aku di restoren mak nani di 8oan dulu.Sekali sekala di pasar seni tu lah..menyanyi bersama di jalanan.

  7. al fatihah

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.